shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Saturday, March 17, 2012

CINTA UNGU (part 9) FINALE



Kesesakan jalan di Kuala Lumpur menatari wajah ibu Negara. Kiri dan kananku disesakkan dengan kereta-kereta. Namun airmataku masih menemani aku. Sesalanku terhadap apa yang berlaku antara aku dan Danish amat sukar di jelaskan. Hanya kemaafan yang aku perlukan saat ini. Aku tahu, aku telah mensia-siakan insan yang benar-benar menyintaiku seadanya. Teringat kata-katanya berbisik ditelinga ketika kami bercuti di Singapura, “ Sayang, apa juga yang terjadi antara kita suatu hari nanti, saya akan terus bersama didalam nafas yang awak hembuskan setiap hari. Kerana cinta saya ibarat udara, sentiasa ada untuk awak..”. Itulah kata-katanya yang terngiang-ngiang difikiranku. Apakah yang telah aku lakukan sehingga dia terpaksa menempuh semua ini. Aimataku masih menemani aku ketika aku memandu. Jam di kereta menunjukkan jam 6.00 petang. Aku harus bergegas ke hospital. Seluruh jiwaku takkan bisa tenang selagi aku tidak menatap wajahnya dan memohon jutaan kemaafan atas kekhilafan aku terhadapnya. Sambil aku memegang cincin pemberiannya, hati aku begitu ingin ketemu dengannnya.


Keretaku aku pakir di sebelah Viva putih dikawasan pakir hospital. Aku keluar dengan membawa buah epal kegemarannya. Danish amat menyukai epal hijau. Setiap hari pasti dia mengambil 2 hidangan epal hijau. Katanya baik untuk kesihatan dan kulit. Bahkan aku sudah terikut dengan cara pemakanannya. Diri yang sebak aku melangkah dengan longlai. Di tangan aku membuka mesej yang dihantar oleh Faezal kepadaku beberapa jam yang lalu. Menurut Faezal, Danish ditempatkan di wad 3 – Anggerek, katil 4a. Aku segera menutup telefon, lalu melangkah dengan sederas yang mungkin ke wad dimana Danish ditempatkan. Aku menutup mataku yang membengkak akibat menangis dengan cermin mata hitamku. Aku tak mahu ada yang perasan dengan mata aku yang membengkak tanda seribu kekesalan aku atas apa yang terjadi. Aku tiba di pintu lif. Terperanjat aku apabila Faezal yang keluar dari pintu lif yang terbuka. “Ezal..” aku menegurnnya, lantas di alihkan pandangannnya kearahku. “ Qairil..awk dah sampai..?” soalnya sambil menarik aku ketepi pintu lif. “ Saya baru nak call awak sama ada awak dah sampai atau belum. Danish still belum sedar. But malam semalam dia sebut-sebut nama awak. Mungkin dia terlalu rindukan awak..”. Kata-kata Faezal menambahkan sesalku. Tidak semena-mena airmata aku berderai jatuh kebumi. Alangkah besarnya cintanya padaku. Sehinggakan disaat genting, masih aku difikirannya. Aku sanggup dibakar andainya itu dapat memaafkan kesalahan aku padanya.  Faezal menepuk bahuku. “Pergilah naik. Danish seorang je tu. Mama dia baru pulang. Mungkin saat ini saat yang sesuai untuk awak dan dia..” Faezal memegang erat bahuku. Aku tertunduk kekesalan. Dengan perlahan aku beredar dan masuk ke pintu lif. Butang tingkat 3 aku tekan. Dengan perlahan pintu lif tertutup lalu membataskan permandanganku terhadap Faezal diluar.


Pintu lif pun terbuka. Papan tanda “ WAD 3 ANGGEREK” terpapar di mataku. Degup hatiku berkencang dengan laju. Perasaan bercampur baur untuk bertemu dengan Danish. Aku khuatir, aku akan dibencinya, membuatkan dia bertambah teruk. Namun, disudut hati yang lain, perasaan rindu dan cinta padanya meluap-luap seolah-olah hati ini bakal berderai jika tidak menggengam tangannya. Langkah aku atur dengan rapi. Pintu wad aku buka dengan perlahan-lahan. Mataku meliar mencari bilik yang meletakkan katil 4a. Langkah longlaiku terhenti. Di hadapanku terpapar  plat nombor bilik yang tertulis katil 4a. Aku membuka combol pintu dengan perlahan-lahan. Sayu mataku melihat Danish terbaring lesu dan mengharapkan bantuan penafasan untuk bernafas. Seketika, air mataku mengelinangan. Lelaki yang aku cinta selepas aku suram ditinggalkan suatu ketika dahulu, kini terbaring lemah dihadapanku. Dan, ini terjadi kerana AKU. Sesal dan rasa kecewa menyelubungiku. Seolah-olah hati ini bagai tikam-tikam atas kekhilafan aku sendiri. Aku merebahkan diri yang lemah disisi katil. Buah epal kegemarannya aku letak disisi meja berhampiran pasu ros merah. Tanganku menggapai tangannya yang lesu. Aku genggam tangannya lalu aku kucup dengan tangisan. Titisan airmata membasahi tangannya. Seribu penyesalan yang tidak dapat aku gambarkan. Kesedihan menusuk kekalbuku. Aku terus memeluknya. “ Danish, saya cintakan awak. Janganlah awak tinggalkan saya. Awak dah janjikan??” sebak hatiku meluahkan apa didalam hatiku kini.


Dua bulan sudah berlalu semenjak aku datang bertemu dengannya di wad. Saban hari aku menjaganya bersama ibunya. Selesai kerja, aku terus melulu ke wad. Hariku pasti kosong jika tidak menjaganya di hospital. Rasa bagaikan mengkhianati cintaku padanya. Seperti hari-hari sebelumnya, bunga ros merah akan aku tukar bagi memberi aroma segar didalam kamar. Aku melabuhkan pinggulku disisi katil Danish. Tangannya aku genggam erat. Sudah lama aku tidak mendengar gelak tawa dan gurauannya. Segala kenangan bagaikan cerekarama dihadapanku. Kenangan yang manis dan indah membuatkan hati ini sebak melihat kondisinya. Masih aku terbayang saat Danish memelukku dari belakang saat kami bercuti di Sydney. Dengan nada cinta, “Sayang, andai satu perkara yang dibenarkan saya buat, adalah untuk memberitahu satu dunia, awaklah cinta hati saya sampai keakhir nafas saya..”. Kata-katanya membuat kesedihan hati ini bertambah. Terus aku kucup pipinya. Titisan airmata membasahi pipinya. Namun, tangan Danish tiba-tiba memberi respon. Ototnya seolah-olah menggengam tanganku. Dadanya bagai berombak meragut oksigen masuk kepeparunya. Aku terus memanggil jururawat masuk ke dalam bilik. Aku begitu cemas. Tuhan, jangan biarkan dia pergi. Sukar bagiku untuk melepaskannya. Berilah kesempatan aku untuk memohon maaf atas kesilapanku. Air mataku jatuh berderai. Jatuh bagaikan tiada cara untuk memberhentikannya. Berilah aku peluang untuk menjaga hatinya untuk sekian kali nya. Dadanya berombak, menagih oksigen. Atau mungkinkah Tuhan menghantar malaikatNya untuk mengambil Danish dariku. Jururawat menolakku keluar bilik. Kakiku bagai tidak mengizinkan. Aku mahu terus disisinya. Aku ditolak keluar. Aku terduduk disisi pintu kamar. Kekesalan yang tiada bandingnya. Apakah yang harus aku lakukan? Bayangan wajah Danish memburu minda. Kerisauan yang tidak dapat aku gambarkan…………


Desiran angin meniup tubuhku. Pepasir pantai bagai menari mengikut rentak bayu yang membawa sejuta perasaan. Ku lihat mentari senja bagaikan melambai diufuk barat. Mentari ini juga pernah menjadi saksi ungkapan cinta Danish buatku. Ungkapan yang aku tidak bisa lupakan sehingga ke akhir nafasku. Genggaman erat jemarinya serta pelukan mesranya memberi sejuta keindahan buat diriku. Seketika, airmataku mengalir. Mengalir mengikut hembusan bayu yang menghempas tubuhku. Airmata kenangan, cinta, rindu. Bagaikan bercampur memberi rona warna indah didalam hidupku. Bagaikan pelangi yang menatari langit selepas dihempas badai hujan. Lamunanku terhenti. Sepasang tangan yang kuat genggamannya memelukku dari belakang. Melabuhkan dagunya dibahuku. Memanaskan seluruh tubuhku. Kehangatan yang disulam cinta. “Sayang, kenapa menangis ni? Rindu saya ye? Saya belikan awak something ni. Untuk kita..” suara garau menembus ruang telingaku. Aku memusingkan badanku. “ Cincin warna ungu ini untuk kita. Lambang kesetiaan awak, dan keagungan cinta saya. Keutuhan cinta kita. Semua demi cinta kita, cinta ungu kita sayang…”. Jejari aku disarung dengan cincin. Lalu aku mengambil satu lagi cincin didalam kotak, lalu menyarungkan kejarinya. Aku pandang tepat kearahnya. “Saya cintakan awak, Danish….”. Danish memelukku dengan erat. Inilah cinta ungu kami..


TAMAT