shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Monday, August 29, 2011

CINTA UNGU (part 8)



Cahaya mentari pagi mengejutkan anak adam diwaktu pagi. Keheningan mentari itu mengejutkan aku. Kelopak mataku aku buka dengan perlahan-lahan. Malang tinggal ditengah ibu kota, kicauan burung di awal pagi tidak dapat aku didengari. Aku melihat di kelilingku. Aku rupanya berada di dalam bilik tidurku. Namun, aku terasa bagai dipeluk oleh seseorang dari belakang. Aku lihat sepasang tangan sedang memelukku. Aku melepaskan pelukan itu perlahan-lahan. Aku memusingkan badanku. Alangkah terkejutnya aku! Syakeer sedang lena tidur disebelahku. Aku membangunkan badanku perlahan-lahan. Namun, ketakutan aku terhenti dek kerana aku masih berpakaian lengkap. Pasti aku tidak melakukan apa-apa yang melampaui batas antara aku dan Syakeer sebagai hubungan sepasang teman rapat. Namun Syakeer yang hanya berseluar pendek mengaut kembali kenangan aku bersamanya. Masih terbayang di fikiran aku saat-saat aku bersamanya. Walaupun perkara itu sudah berlalu selama 7 tahun, namun kenangan yang terindah itu tak akan luput difikiran aku. Aku memandang redup kewajahnya. Lama sudah aku tidak serapat sebegini dengan seseorang yang pernah membahagiakan aku seuatu masa dulu. Mungkin kerana kenaifan aku diwaktu remaja, aku gagal untuk berbahagia bersamanya. Syukurlah aku kini ditemani oleh seorang lelaki yang benar-benar mencintai aku seadanya aku. Tidak sabar rasanya Danish akan berpindah kerumah aku.

Namun lamunan aku tersentak. Syakeer terjaga dari tidurnya. “Selamat pagi awak…” sapanya padaku sambil memegang tanganku. “Selamat pagi. Lenanya awak tidur.” Jawab aku padanya. Syakeer tersenyum sembil menggosokkan matanya. Dengan perlahan, dia bingkas bangun. “Terima kasih awak pasal semalam. Maaf juga sebab apa yang saya buat tu mungkin agak keterlaluan. Namun apa yang lahir semalam bukan dirancang. Entah kenapa saya boleh buat benda tu awak..” Syakeer memegang erat tanganku. “Sudah la awak. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya mengaku, saya pun rindu pada awak. Mungkin sebab itu saya rela dengan apa yang jadi semalam..” aku menundukkan wajahku. Malu juga rasanya dengan apa yang terjadi. Walaupun tidak perkara yang keterlaluan yang terjadi, namun perasaan malu itu masih mengelilingi fikiran aku kerana aku sudah berpunya, seharusnya aku tidak melakukan apa yang terjadi semalam. “Qairil, apa yang terjadi semalam datang dari hati saya. Entah kenapa, saya rasa lain dengan awak. Saya mengaku, saya masih sayangkan awak. Atau mungkin lebih, saya mula kembali mencintai awak. Tapi, saya….” Aku menutup mulutnya dengan tanganku perlahan-lahan. Aku tak sanggup untuk mendengarnya. Titisan air mata tiba-tiba jatuh. Aku lemah untuk mendengar kata-kata cinta dari mulut lelaki yang pertama aku cintai. Cukuplah kesakitan lepas masih belum leput dari ingatanku. Luka itu masih kekal didalam hatiku. Walaupun aku kini milik Danish, namun aku masih gagal untuk melupakan apa yang terjadi antara aku dan Syakeer. Jujur, sayang aku masih ada, walaupun seribu kali aku menafikannya. “Awak, cukup! Jangan awak teruskan. Kita sama-sama sudah menempuh  bertahun sebagai kawan rapat. Jangan kita rosakkannya..” jawab aku sambil mengesat air mata yang mula berair. “Saya tak rosakkan apa-apa. Malah, saya nak bagi yang terbaik untuk awak. Saya yakin, awak masih mencintai saya, sama seperti dulu. Begitu juga saya. Kenapa kita tak boleh teruskan sesuatu yang terindah buat kita?” genggamannya makin erat. Aku mengelak dari pandangannya. Pandangan yang amat aku rindu. Aku mengesat airmata yang makin banyak mengalir. “Awak nak tau kenapa kita tak boleh teruskan? DANISH!” jawapan yang aku berikan melemahkan genggamannya. Syakeer tertunduk akur. Dia sedar, aku milik seseorang. Seseorang yang lebih layak mencintaiku.

Pelukkannya menghangatkan badanku. Aku bersandar ditepi pintu. Melihat Syakeer lengkap berpakaian biru, mengikut tema perkahwinan temannya. “Terima kasih awak, sebab bagi saya tumpang tidur dekat rumah awak ni. And, pasal pagi tadi, saya minta maaf. Awak maafkan saya ye?” sambil memegang jemariku. “Dah la Syaq, kita lupakan ok? Saya sayang awak, sama saya sayang persahabatan kita. Awak baik2 memandu ok?” senyum aku padanya. Syakeer tersenyum malu. Dia merapatkan badannya kearahku. Lalu dikucup pipiku. Alangkah terkejutnya aku dengan tindakannya. Simpul malu aku dibuatnya. Syakeer memang seorang yang romantis. Kerana itulah, aku masih gagal untuk melupakannya. “Selamat tinggal awak, assalamualaikum..” senyumnya sambil melepaskan tanganku. “Wa’alakumsalam..” jawab aku sambil melambai kearahnya. Saat-saat seperti inilah yang mengimbas kembalii kenanganku bersamanya. Segala kenagan manis dan pahit antara kami, memberi rencah dalam hubungan kami yang bermula dari sepasang kekasih sehingga kini, sebagai teman rapat. Walaupun aku dan Syakeer tinggal begitu jauh, namun sehingga saat ini, kami masih rapat. Berkongsi masalah suka dan duka. Canda dan ketawa. Lamunan ku tersentak. Telefon bimbitkku berdering. Aku bergegas mengambil telefon aku di ruang tamu. Terujanya aku melihat nama Danish muncul pada skrin telefon. “Hai sayang..” jawab aku padanya dengan manja. “Betul awak sayang saya?” jawapannya yang sinis. Aku terkejut dengan jawapannya. “Apa maksud awak ni?” aku keliru. “Saya yang tak faham, atau awak yang pura-pura tak faham?” nada suaranya meninggi. Aku cemas. Apakah maksud Danish. “Awak pusing badan awak kebelakang!” deras kata-katanya. Aku memusingkan badan aku secara perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku melihat Danish berdiri tegap dihadapan pintu. Tangannya perlahan mematikan panggilan. Matannya berair. Aku faham kini. Dia pasti terlihat Syakeer mengucup pipiku. Aku bergegas kearahnya. “Sayang, apa yang awak lihat tu bukan apa yang sebenarnya terjadi. Kita boleh berbincang hal ni. Awak..saya sayangkan awak. Awak mahkota kat hati saya. Jangan awak berfikiran macam ni..” aku cuba menenangkannya sambil memeluk dengan erat. Namun pelukan aku dilepaskan. “Sudah la awak. Selama 3 saya mencintai awak sepenuh hati saya. Menyayangi awak seperti awak adalah nyawa saya. Kenapa awak biarkan Syaq mengucup pipi awak? Perlukan itu sebagai kawan? Atau awak yang masih menyimpan cinta buat dia??” deras kata-katanya menusuk hatiku. Aku tahu, aku bersalah membiarkan Syakeer memperlakukan aku sebegitu. Namun, aku tak dapat mengelak segalanya. Deraian airmataku mengalir lagi. Buat pertama kalinya, hampir genap 3 tahun kami bersama, Danish kelihatan begitu marah dan kecewa. Aku terasa terlalu jahat kerana menyakitinya. Aku memeluknya kembali. “Danish, please, bagi peluang pada saya untuk menjelaskan segala-galanya. Saya tahu saya bersalah. Membiarkan Syaq buat hal tu pada saya. Tapi semua yang jadi itu tiada maknanya. Cinta saya hanya milik awak. Tiada lelaki lain yang boleh menggantikan cinta hati saya buat awak. Tolong awak..maafkan saya…” rayu aku padanya. “Saya terlalu cintakan awak, Qairil. Saya sanggup buat apa saja asal awak kekal dalam hidup saya. Tiada insan lain yang boleh replace awak..” Danish merapatkan dahinya kewajahku. “Namun, apa yang saya lihat tadi amat menyakitkan. Saya tak tau nak cakap macam mana..” Danish mengalirkan airmatanya. Dia melepaskan pelukanku. “Qairil, beri saya ruang sebentar. Mungkin saya perlu menenangkan fikiran saya.” Jawab Danish sambil memandang tepat kearahku. Dia tunduk. Aku lihat titisan airmatanya jatuh kelantai. Remuk hatiku melihat kekecewaannya yang disebabkan kenaifkan. Bukan Danish yang patut rasa kesakitan ini kerana dia lelaki yang paling sempurna. Kebodohan cinta aku yang masih pada Syakeer melukakan Danish. Jika aku dibakar ditujuh benua semata-mata untuk meraih kemaafannya dan menerima diri ini kembali, aku sanggup melakukannya. Kesakitannya amat aku rasai. Danish memalingkan wajahnya lalu beredar. Dia tidak menghiraukan panggilanku padanya. Aku terduduk kaku. Inilah dosa yang terbesar aku padanya. Menyakiti lelaki yang amat mencintai aku. Mengapa aku alpa? Mengapa aku harus mengingat cinta pada Syakeer yang terang-terang mustahil untuk kembali bersama. Mengapa harus aku menyakiti Danish yang tidak pernah menyakiti aku walau sedikit? Sesalan mengelilingi aku.

Sudah empat hari aku gagal menghubungi Danish. Aku mula risau. Adakah benar-benar dia membenci aku? Benar-benar ingin melepaskanku? Kerisauan aku sukar digambarkan. Aku duduk dibalkoni sambil memandang mentari senja yang mewarnai Kuala Lumpur. Dimana lagi harus aku menjejaki Danish? Facebook, Skype, semua taliannya tidak berjawab. Kemana dia menghilang? Tiba-tiba aku terfikir seseorang. Faezal, teman rapat Danish. Dia pasti tahu kemana Danish. Dengan pantas aku menelefon Faezal. “Hello, siapa ni?” suara Faezal menyambut panggilan aku. “Ezal, ni saya Qairil. Maaf ganggu awak petang-petang ni..” jawab aku padanya. Namun, Faezal terus terdiam. Kelu lidahnya tanpa sebarang kata. “Ezal, awak masih disana? Ezal, tolonglah. Saya merayu pada awak. Saya tahu, awak mesti tahu apa yang terjadi. Saya sanggup melutut, beritahu saya, kemana Danish? Tolong lah Ezal..saya tak tahu dimana lagi saya boleh mencarinya.” Rayu aku padanya. Suara Faezal serak memulakan percakapanya. “Qairil, maafkan saya sebab tak bagitahu awak apa-apa. Ni atas permintaan Danish. Tapi dengar awak macam betul-betul risaukan dia, takpe lah. Saya bagitahu. Danish kemalangan. Dia koma. Kepalanya terkena hentaman kuat masa kemalangan. Motor dia remuk teruk. Dia kemalangan masa nak masuk highway.” Lemah seluruh badanku. Seolah-olah nyawaku terkeluar dari jasadku. Selama empat hari, lelaki yang mencintai aku berada didalam koma, sedangkan aku baru menyedarinya hari ini. Telefon terlepas dari tanganku. Aku terduduk disudut balkoni. Deraian airmata berjurai tanpa dipinta. Beribu sesalan aku tiada tandingnya. Seluruh tubuhku lemah, kaku, lesu tak terhingga. Adakah ini takdirku? Aku tak mahu kehilangan Danish. Sesungguhnya dosaku padanya terlalu besar…..

Bersambung..

Friday, July 8, 2011

CINTA UNGU (part 7)



Perjalanan ditemani panorama yang indah. Suasana hening pagi menyegarkan suasana. Aku bersama Danish dalam perjalanan pulang dari kampung Danish di Teluk Intan. Walaupun itu adalah kampung neneknya, namun suasana kampung yang mendamaikan menenangkan setiap jiwa yang merasainya. Mama Danish seorang yang  sangat mesra. Mungkin disebabkan Danish yang memiliki sedikit bilangan adik beradik, menyebabkan Aunty Sophia terlalu mesra denganku. Walaupun mustahil untuk dia tahu hubungan aku dan Danish, tetapi aku mula menyayangi Aunty Sophia. Dia melayan aku tidak ubah seperti anaknya sendiri. Kadang-kadang, aku tidak terasa seperti orang luar. Malah mamanya mengajak aku sekali untuk keluar bersama satu hari nanti. Mungkin sikap aku yang agak mesra dengan orang menyebabkan dia begitu rapat denganku. Sempat juga Danish berbisik nakal menyatakan bahawa bakal mak mertua sudah menyukai menantunya. Kelakar dengan kata-kata Danish itu. Alangkah bahagianya jika itu semua menjadi kenyataan. Tapi, itu semua mustahil. Aku terseyum sendirian dalam perjalanan pulang. Tangan Danish tidak lenkang memegang tanganku. Tak aku sangka, dia lelaki yang paling aku cinta. Tidak sia-sia aku menerimanya dalam hidupku. Melepaskan diri daripada cinta yang tidak berkesampaian bersama Syakeer. Kini, Danish milikku. Hati aku tersentuh tatkala Danish sempat memberitahu aku sesuatu semasa aku berada dikampungnya.
Sayang, saya sangat sayangkan awak. Dan saya tahu juga pasal Syaq. Dia ada mesej saya di FB. Meminta izin saya untuk menjadi kawan awak. Jangan risau, saya relakan. Sebab saya tahu saya sudah punya hati awak. Saya takkan halang persahabatan awak dan dia. Jangan risau, ok?” pesan Danish semasa kami di tali air. Airmata aku mengalir. Aku tahu dia amat menyayangi aku. Aku hanya menggenggam tangan nya pada saat itu. Aku bersyukur kerana dia amat memahami aku. Menerima aku dan orang-orang di sekelilingku. Sehinggakan bekas kekasih aku pun sanggup dia terima. Dia seorang lelaki yang tulus menyintai aku. Bukan atas dasar nafsu, tetapi hati. Aku tahu, mustahil aku akan menjadi peneman sisinya sehingga akhir nyawa aku. Tapi cukup aku membahagiakan dia selagi aku masih bersama. Aku memandangnya. Dia tak henti-henti menyanyi sembil memandu. Sesekali dia mengucup tanganku. Aku bahagia kini. Tidak ada apa yang aku patut risaukan. Kini aku punya lelaki yang takkan henti menyayangi aku. “Sayang, nak singgah mana-mana ke? Atau awak nak terus balik?” soalnya padaku. “Urmm..kita balik terus la. Sampai Ipoh baru kita lunch. Nak?” balas aku padanya. “Ok sayang!” jawabnya sambil mengucup tanganku. Tak aku pernah bayangkan aku bisa merasa bahagia seperti ini. Dicintai sepenuh hati oleh seorang lelaki.

Pada hakikatnya,aku dan Danish adalah dua insan yang sangat berbeza. Danish seorang lelaki yang biasa, minat pada bola sepak, drifting kereta, lepak di mamak berjam-jam lamanya sambil menonton EPL, bukan metroseksual, kuat merokok, obsess pada pengubahsuaian kereta. Berbeza dengan aku, seorang lelaki metroseksual, gemar mengikut perkembangan fesyen, gemar pada muzik korea, tidak minat pada bola, benci pada perokok, suka belibur di MCD, gemar berchatting. Kami dua insan yang sangat berbeza. Namun, entah kenapa, setelah hampir setahun kami bersama, kami boleh menerima antara satu sama lain. Aku boleh menemaninya menonton EPL dan dia boleh melayan aku mendengar muzik Korea terbaru. Mungkin ada magis dalam hubungan kami. Entahlah..mungkin itu kelebihan kami.

Setahun Setengah Kemudian

Fail-fail tersusun diatas meja. Banyak sungguh kerja aku. Namun semua keletihan itu terhapus dek memikirkan kebahagiaan aku dan Danish. Dalam dua minggu lagi, kami akan meraikan ulangtahun ketiga hubungan kami. Tak aku sangka sudah tiga tahun kami bersama. Walaupun tugas kami berbeza kawasan, tapi itu tak pernah menghalangi hubungan kami. Bahkan itu menguatkan lagi ikatan kami. Kami saling merindui. Hanya dapat berhubung melalui telefon dan webcam. Namun itu sudah cukup membahagiakan. Namun, beberapa minggu lepas, Danish ada memberitahu aku yang dia sedang memohon pertukaran kawasan ke Shah Alam. Jadi, aku dan dia boleh tinggal bersama. Aku sudah membeli sebuah rumah di Damansara. Walaupun tidak semewah mana, tapi sebagai pengurus pembangunan pelaburan wilayah CIMB, cukup untuk aku menampung keluarga dan diriku. Danish kini bertugas sebagai jurukur bahan di Nilai. Namun, setiap hujung minggu, Danish akan memandu ke Damansara untuk menghabiskan masanya semata-mata untuk bersamaku. Teringat kata-katanya “Jarak ini cuma dugaan yang sebesar pasir. Jika ada dugaan yang lebih besar sekalipun, ia takkan mengugat teguh cinta saya pada awak..”. sesuatu yang amat bernilai dalam hatiku. Aku memandang gambar aku dan Danish semasa dia membawaku ke Seoul awal tahun ini. Kenangan indah melingkari setiap hari-hari kami. Yang paling menarik, dia tak pernah cemburu walaupun sekali. Walaupun jarak kami agak jauh, tapi keyakinan dia terhadap aku cukup besar. Dia percaya yang cinta aku hanya miliknya. Dan aku membuktikan itu.

Lamunan aku tersentak. Telefon aku berdering. Aku lihat satu nombor yang aku tak kenali. Aku menerima panggilan dengan tertanya-tanya. Siapa pula pemanggilnya. “Hello Qairil. Assalamualaikum..” getar suaranya cukup aku kenali. “Wa’alaikumsalam Syaq. Nombor mana pula ni?” aku memerlinya. “Alah awak ni. Biasalah saya. Awak sibuk ke ni?” Tanya Syakeer padaku. “Tak lah sangat. Cuma ada meeting pukul 2 nanti.” Jawab aku sambil menutup fail biru dihadapanku. “Haa..ada apa awak telefon saya tengahari ni?” Tanya aku padanya. “Sajalah nak tanya khabar awak. Lama kita tak berbual. Dekat dua minggu lebih. Awak sihat?” tanya Syakeer padaku. “Saya sihat je awak. Awak pula? Macam mana kerja baru? Semua baik?” aku menanyakan padanya. Sejak Syakeer diberi kebenaran untuk berkawan dengan aku, dia sering menelefon dan bertanya khabar. Sesekali kami berkongsi cerita, suka duka. Walaupun sayang itu sudah tiada, tapi nilai sebagai teman itu masih utuh. Malahkan Syakeer antara teman aku yang paling mengenali siapa aku. Walaupun hubungannya bersama temannya sudah berakhir lewat tahun lepas, namun tak terlintas untuk aku kembali padanya. Ada juga sesekali dia memberi isyarat untuk bersama aku kembali, namun tidak aku ambil itu sebagai perkara yang penting. Danish pemilik hati aku kini, tiada apa yang boleh meraguinya. Syakeer cuma sejarah lama. Kini dia cuma teman baikku. Itu suatu hakikat yang pasti. “Urmm, awak, hujung minggu ni saya ada hal dekat KL, so ingat boleh lepak dengan awak sekejap.” Tanya Syakeer padaku. Agak terkejut juga aku dengan perlawaannya. Namun aku mengaggap itu suatu ajakan teman biasa. Aku bersetuju untuk berjumpa dengannya. Panggilan aku matikan. Aku lihat diluar jendela, langit agak muram, walaupun baru jam 12.30 tengahari. Mungkin petang ini hari akan hujan. Sekurang-kurangnya kehangatan bandar metropolitan Kuala Lumpur dapat disejukkan dek kerana bahana kesibukan hariannya. Aku meneruskan kerja dan bersedia untuk perjumpaan pada jam dua nanti.

Kereta aku pakir ditepi jalan. Aku menurunkan cermin kereta sambil melihat kedalam Starbuck CafĂ© di hadapanku. Aku perhatikan Syakeer sedang membaca surat khabar sambil menikmati kopi di atas mejanya. Berkemeja biru dan berjeans hitam, Syakeer tekun menilik akhbar dihadapannya. Aku melangkah keluar dari kereta. Aku membetulkan cermin mata hitamku. Suasana panas amat memeritkan. Dengan berhati-hati, aku melintas jalan. Langkah aku teratur kearah mejanya. “Assalamuaikum…” sapa aku padanya. Dia agak terperanjat dengan salam yang aku lemparkan. “Laa..awak..wa’alaikumussalam” jawabnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dengan mesra. Aku meghelakan pinggul lalu duduk dikerusi bersebelahan dengannya. Senyumannya masih sama sejak kali pertama aku bertemu dengannya lima tahun lalu. Kami berbual bagaikan tidak sedar orang disekeliling kami. Manakan tidak, hampir dua tahun kami tidak bersua. Hanya menerusi telefon, kami berbual. Sesekali dia bertanyakan kondisi Danish padaku. Aku menjawab dengan selamba. Aku menganggap aku sedang berbual dengan seorang kawan, bukan bekas kekasih. Aku bergelak deras dengan sembang lucunya. “adoh..kalau hari-hari sembang dengan awak ni, boleh pecah isi perut saya. Ni awak nak pergi mana pula?” soalku sambil menenangkan diri setelah bergelak besar. “Saya ada kenduri kahwin kawan lama saya dekat Ampang. Maybe malam ni stay dekat hotel dulu kot..” jawabnya sambil meneguk kopinya. Dengan spontan, “ kalau macam tu, awak stay je lah rumah saya. Tak payah spent budget sewa hotel” ajak aku padanya. Entah kenapa aku boleh mempelawanya. “Betul ke ni awak? Menyusahkan awak pula..” jawabnya sambil tersenyum. Aku sudah terlepas kata. “Boleh je. Tak ada susah pun la..” jawab aku kembali. Kami beredar. Terfikir juga aku, adakah Danish bersetuju dengan perlawaan aku pada Syakeer. Aku harus bertanyakan padanya.

Dua gelas kopi aku bawa keruang tamu. Syakeer bersinglet hitam berseluar merah sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Danish sudah memberi keizinan kepadaku untuk menumpangkan Syakeer di rumah. Malah dia senang dengan tindakan aku. Sesungguhnya Danish adalah teman lelakiku yang paling memahami dan tidak mengongkong kehidupanku. Sebab itu sehingga kini, kebahagiaan kami tidak pernah luntur walaupun sedikit. Malahkan cinta antara kami bagaikan tidak dapat dipisahkan. Kepercayaannya padaku cukup besar. Seperti kepercayaanku padanya juga. “Nah, jemput la minum..” aku meletakkan segelas kopi dihadapannya. Aku menghela pinggul duduk di sofa. Permandangan indah kotaraya dapat dilihat dari balkoni rumahku. Desir angin malam sesekali menyejukkan suasana. “Susah-susah je lah awak ni.” Sambil merapatkan posisinya kearahku. Aku hanya tersenyum. “Malam ni jangan tidur lewat. Esok awak tu ada wedding yang kena attend.” Perli aku padanya. Kami tergelak. Suasana sepi malam pecah dek riuk pikuk gelak tawa kami. Sesekali muncul cerita kelakar semasa kami bersama suatu ketika dahulu. Tanpa disedari, jam menunjukkan jam 1.15 pagi. Tidak aku sedari, hampir 3 jam kami berborak. “Ya Allah, awak, dah pukul satu lebih. Lama betul kita borak.” Kataku padanya. Dia tersenyum lalu bingkas duduk disebelahku. “Awak, inilah yang saya rindukan. Gelak tawa bersama awak. Melihat senyuman di wajah awak. Semuanya menyejukkan hati saya. Awak berbeza dengan dia. Sebab tu saya dan dia tak boleh terus bersama.” Katanya sambil memegang tanganku. Debar hati aku berubah. “Sudah la Syaq. Benda yang lama jangan kita kenang. Awak pun dah putus dengan dia. Awak mesti move on. Lupakan lah benda yang lepas..” jawab aku padanya. Matanya tepat memandang kearahku. Dengan spontan, dia menghampiri wajahku lalu mengucup bibirku. Hati aku bagaikan tertusuk lembing. Seluruh nadi bagaikan terhenti. Aku kelu tanpa bicara. 5 tahun telah aku lupakan kucupannya, namun malam ini ianya terjadi kembali. Aku bagaikan dipaku. Mata aku kututup rapat. Degup hatiku bertambah kencang. Manakan tidaknya, insan yang paling aku cintai suatu ketika dahulu mengucup bibirku kembali. Semuanya gelap bagaikan terperangkap di sebuah gua yang sangat kelam…..

Bersambung….   

Tuesday, June 21, 2011

CINTA UNGU (part 6)




Tempias hujan menatari bayangan di jendela kereta. Sayu hati amat sukar digambarkan. Bak hujan yang turun, menangisi setiap kekecewaan. Kenapa saat aku mula ingin mengecap bahagia, datang Syakeer tanpa diundang? Izinkanlah aku untuk berbahagia. Aku kelu tanpa sebarang kata. Wajah Danish kerut, memikirkan aku. Aku tahu, aku bersalah saat dia mahu menghabiskan masanya bersamaku, datang pula Syakeer yang menganggu saat itu. Namun aku tidak berani berselindung darinya.

Kisah bermula apabila aku tepaksa mengikut kehendak Syakeer selepas aku terserempak dengannya. Genggaman nya yang kuat membantutkan langkah aku untuk lari darinya. “Please awak. Bagi saya 5 minit untuk berbual dengan awak. Saya terlalu rindukan awak. Awak dah tukar number telefon, facebook pun da remove saya. Tolong jangan pergi dari hidup saya. Saya tau, saya banyak buat salah dekat awak. Tapi saya tak nak kehilangan seseorang yang paling baik yang saya pernah kenal..” desir suaranya kearahku. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluh hati ini mengenangnya. Aku akui, memang aku sayang padanya, hingga ke saat ini, tapi aku sudah miliki Danish. Danish lelaki yang bertahta di hatiku sekarang. Mustahil untuk aku menerima Syakeer kembali. “Tolong awak..saya sanggup melutut dekat sini kalau itu yang awak mahu.” Tegas suaranya. Aku menoleh kearahnya. Linangan air mata membasahi segenap ruang wajahku. Aku merentap tanganku darinya. “Kenapa awak?? Kenapa awak perlu bercakap dengan saya? Bukankah kita sepatutnya berjauhan? Saya tak mahu dituduh pengacau hubungan awak lagi. Cukup hati saya ini remuk. Jangan tambahkan calar dihati saya…” ucapku padanya. Matanya berair. Aku tahu, dia juga amat menyayangiku. Namun ada sesuatu yang memungkirkan hubungan ini untuk terus terjalin. “Saya tahu, salah saya tak terhitung banyaknya. Tapi izinkan saya untuk berbual dengan awak. Cukup sekejap…”Rayunya sambil menarik kembali tanganku. Aku hanya mampu tunduk. Tipulah aku jika aku juga tidak merinduinya. Namun, aku tidak kuat untuk itu. Syakeer menarik tangan aku. Aku hanya mampu melangkah. Aku izinkan dia untuk berbual denganku; sekejap.
Aku dibawa ketepi kolam renang. Keadaan yang sunyi mungkin pilihannya untuk bercakap denganku. Aku duduk disebuah kerusi putih. Syakeer menghadapku. Matanya merah. Seperti saat aku melepaskannya suatu ketika dahulu. Syakeer sukar menangis, tetapi dia kalah pada emosinya saat bersamaku. “Awak, awak tahu tak betapa rindunya saya pada awak? 7 bulan awak menghindar dari saya. Salahkah kita berhubung, walaupun bukan sebagai pasangan lagi? Saya nak tau keberadaan awak. Sihat ke? Pelajaran awak? Hidup awak? Saya masih ambil berat pasal awak. Jangan lari dari saya lagi awak. Seksa hati saya mengingatkan awak…” ucapnya sambil mengesat airmatanya. Aku hanya mampu tunduk. Lidahku seolah kelu. Kelu untuk berbahas dengannya. “Walaupun kita tak macam dulu, tapi saya care pasal awak. Awak sukar dicari ganti. Tolong. Jangan lari lagi..” genggaman nya bertambah erat. Aku mengumpul semangat. “ Awak, kita dah tak ada apa-apa lagi. Saya tak mahu terus membayangi hidup awak. Awak berhak bahagia dengan dia. Saya bukan pilihan awak. Sebab tu saya melarikan diri. Saya harap awak faham situasi saya..” ucapku dengan tegar. “Jangan macam ni awak.. Awak tau kan saya masih sayangkan awak. Dan saya yakin, awak pun masih menyayangi saya. Tapi, saya bersalah sebab mempermainkan insan yang paling mulia macam awak ni. Saya bodoh untuk menilai kebaikan dan keikhlasan awak. Mungkin saya tamak dalam mencari kebahagiaan. Salah saya awak…” ucapnya sambil merapatka kerusi kearahku. Sesekali orang melintas dihadapan kolam. Namun aku tak hiraukannya lagi. Perasaan aku remuk bak dihempas ombak. “Awak, biarlah saya jujur dengan awak. Hati saya untuk insan lain. Danish Haikal Abd Rahim. Dia yang berhak menerima cinta saya. Kerana dia tahu menilai saya selayaknya saya. Tolong jangan buat dia kecewa melihat keadaan saya dan awak macam ni. We are over awak. Saya jujur, memang cinta awak masih dihati saya. Namun biarlah cinta itu bersemadi tenang. Awak lelaki pertama yang saya cinta sepenuh hati saya. Tapi kini saya ada Danish. Seperti awak dan dia, awak. Saya dah relakan awak..relakan awak dan dia…” jurai airmataku. Tak tertahan hati ini mengenangkannya. Genggamannya makin erat. Aku musykil. Apa mahu Syakeer? Bukankan dia sudah ada pasangannya, mengapa aku didambakan? “Saya tak bahagia dengan dia awak. Tak bahagia. Dia mengongkong hidup saya. Tak seperti awak. Awak sentiasa ada disetiap saat saya, menyokong hidup saya. Itu yang saya rindukan..” jawabnya. Getar suaranya mengambarkan kesedihan hatinya. “Izinkan saya untuk rapat dengan awak. Walaupun hanya sebagai kawan..” genggam erat sambil mengucup tanganku. Hati ini terlalu pilu. Sukar aku gambarkan. Melihat insan yang pernah bertahta dihati merayu untuk kembali rapat. Aku melepaskan tanganku. Aku bangun lalu memusingkan badanku. “ Saya masih sayangkan awak. Tapi, cinta ini bukan milik kita. Semua harus berakhir…” aku melangkah perlahan. Lantas aku menegakkan wajah. Namun langkah aku terhenti. Danish dihadapanku. Wajahnya berlatar seribu kekecewaan. Bertambah hancur hatiku. Dia menyaksikan apa yang berlaku antara aku dan Syakeer. Danish memalingkan wajah lalu deras beredar. Lantas aku berambat mengejarnya. Danish, maafkan sayang…bukan sayang curang, hati sayang masih buat DD..

Suasana mendung memotret hari. Danish berdiri di balkoni. Aku menutup pintu dengan perlahan-lahan. Salah aku kerana mengikut kehendak Syakeer. Dadaku sebak kerana mengecewakannya. Aku berjalan kearahnya. Dengan deras, aku memeluknya dari belakang. Aku rasa peluhnya didadaku. Airmatanya gugur. Aku memeluknya dengan erat. “Awak..dia Syakeer. Ex saya. Saya tak cerita pasal dia kat awak sebab saya tak nak bayangan dia mengekori hubungan kita. Saya bahagia dengan awak. Tanpa ragu. Maafkan saya andai saya melukai hati awak. Tapi tak ada siapa yang boleh rampas hati saya ini untuk awak. Maafkan saya awak….” Rayuku padanya. Aku terlalu kecewa dengan apa yang aku lakukan tadi. Tak seharusnya aku membiarkan Syakeer mengucup tanganku. “Benar cinta dia masih dalam hati awak?” deras suaranya. Luluh hatiku untuk menjawab. Aku kelu. Dia melepaskan pelukanku. Danish memandang tepat kearahku. Tangan aku dipegang. “Saya tahu hati awak masih ada dia. Saya tak mahu rampas kedudukan dia dalam hati awak. Jangan awak memalsukan perasaan awak. Saya mencintai awak seikhlas hati saya. Menerima awak seadanya awak. Bahkan awak sempurna di mata saya. Jadi biarlah kisah hati kita jugak sempurna.” Ungkapnya dengan lembut. Pipiku dikucup. Basah pipinya aku terasa. Aku tahu hatinya kecewa, namun dia sorokkannya. Hati aku sebak. Berkecai dengan kata-katanya. Betapa besar cintanya padaku. Aku tersentak. Aku tak mahu kehilangannya. Dia beredar masuk kebilik hotel. Melepaskan tanganku sambil mengesat wajahnya. Sesalku tiada tandingnya. Aku melangkah kehadapan balkoni. Hujan mengambil alih. Suasa makin pilu…..

Dari semalam dia berdiam. Lagu-lagu diputar diradio seolah-olah tak diendahkan. Selalunya Danish akan turut menyanyi. Tapi kini sepi. Kelu seribu kata. Wajahnya masih terpapar kekecewaan. Aku kelu tanpa arah. Apa yang aku harus lakukan? Aku tak mahu dia terus kecewa. “Awak…boleh berhenti depan tu jap.” Ucapku padanya sambil menuding jari kearah sebuah kedai serbaneka. “Awak nak beli apa?” ayat pertamanya sejak dari saat pedal minyak kereta ditekan dari jeti Lumut. “Adalah. Kejap je..” kataku padanya. Keretanya diperlahankan dihadapan kedai. Aku mengambil payung lalu keluar dari kereta. Aku berlari-lari anak masuk kekedai itu. Aku mencari benda yang akan membuktikkan cinta aku teguh padanya. Mataku terpandang pada sebentuk cincin. Aku tahu ukur lilit jarinya. Aku capai 2 bentuk lalu bayar dikaunter. Aku mempercepatkan urusanku. Aku segera masuk kekereta. Bajuku sedikit basah dek tempias hujan. “Lajunya. Awak beli apa?” soal Danish padaku. Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku mengenggam cincin itu. “Awak, saya tahu saya dah buat awak sedih, kecewa. Saya tak nak semua tu awak terus rasa. Dalam tangan saya ada 2 bentuk cincin. Cincin ni lambing cinta saya pada awak. Sebagai mana kukuh cincin ni, tak patah, macam tu la cinta saya pada awak. Syakeer sejarah lama saya. Memang dia masih dihati saya, tapi awak beribu lebih tinggi nilai dihati saya berbanding dia. Awak jauh lebih saya sayang dari dia. Di jari awak cincin ni, setiap saat cinta saya mekar buat awak. Dan itu juga saya harap dari awak..” kataku sambil menyarung cincin kejari manisnya. Dia tersenyum lebar. Di rampas sebentuk cincin lagi lalu disarungnya ke jari manisku. Lalu tangannya memegang pipiku. “Sayang saya takkan luput pada awak….” Ucapnya tepat kearahku. Genggam tanganku pada nya. Benar, dialah pengganti Syakeer. Penganti yang akan menemani saat hidupku……



                                                                                                                                          Bersambung…

Wednesday, June 15, 2011

CINTA UNGU (part 5)



Perjalanan hidup bagai suatu timeline yang tiada penghujungnya. Setiap hari bagai dejavu yang melengkapi seharian. Bagiku, dejavu terindah apabila bersama dengan insan yang menyayangi aku sepenuh hatinya. Mencintaiku bagaikan akulah nyawanya. Disisinya, aku tenang memandang wajahnya. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik yang aku ambil dengan menerima Danish dihatiku. Aku tidak mahu kekecewaan aku bersama Syakeer berulang lagi. Walaupun luka sudah tidak berdarah, namun parutnya kekal selamanya. Namun, aku yakin, Danish berbeza. Andai suatu hari kami tidak bersama, yang memisahkan itu cuma takdir. Bukan campur tangan orang kedua. Aku lihat ke luar jendela kereta. Akhirnya tamat juga pengajian aku hari ini. Hari ini merupakan peperiksaan terakhir aku. Dengan izinNya, mungkin aku akan memiliki ijazahku dengan sempurna. Begitu juga dengan Danish. Namun, kertas peperiksaannya sudah tamat tiga hari lepas. Tapi mestilah, dia akan menunggu aku sehingga aku tamat peperiksaan. Kami bercadang untuk berehat sebentar di Pulau Pangkor sebelum pulang kerumah masing-masing. Danish ada menjemputku kerumah untuk berjumpa keluarganya. Mungkin selepas percutian di Pulau Pangkor, aku akan mengikut kehendaknya. “Sayang, beg awak saya dah bawa siap-siap. Kita terus pergi je la ye?” soalnya padaku. Aku cuma tersenyum. “Amboi, awalnya. Berapa hari kita nak holiday?” aku bertanya. “ 3 hari kan? Alah, jangan risau. Saya dah prepare semuanya. Awak just enjoy je. Saya nak luangkan masa-masa bahagia ni dengan orang yang paling saya sayang ni..” sambil memicit pipiku. Merah padam mukaku apabila Danish berkata seperti itu. Tidak pernah aku dilayan sebaik begini. Dari hari pertama aku mengenalinya sehingga ke saat ini, Danish masih melayan aku sama tanpa ada kurangnya. Bahkan, dia makin menyayangi dan mengambil berat dalam setiap inci seharianku. Hatiku bagai terpalit dengan reaksi Danish. Hanya senyuman yang mampu terukir tatkala mempunyai seorang lelaki yang menyayangi kekasihnya lebih dari apa yang dimilikinya.

Mentari melabuhkan cahayanya diufuk barat. Suasana yang begitu indah ciptaan Tuhan tiada tolok bandingnya. Desiran pantai menyegarkan halwa telinga. Kanak-kanak berlari-lari ditepian pantai. Suasana ini menenangkan jiwaku. “ Awak, kenapa termenung? Tak best ye keluar dengan saya?” duga Danish sambil berpura-pura sedih. Tersentak lamunanku dek terpukau dengan keindahan suasana pantai. “Ehh, mana ada. Saya seronok tengok suasana indah tepi pantai ni. Awak, setiap saat saya bersama awak adalah saat yang paling best dalam hidup saya.” Ucapku sambil memegang tangannya. Danish tersenyum lebar. Mungkin berbunga dihatinya apabila aku ungkapkan frasa itu padanya. Sesungguhnya, akulah insan yang beruntung memiliki Danish. Apa yang aku mampu, akan aku lakukan jua, asalkan dia berasa bahagia disisiku. Dialah yang terindah didalam hidupku saat ini. “Ok lah awak, saya nak tunjuk bilik kita. Special saya booked untuk awak” pujuknya sambil menarik tanganku. Aku bangun dari kerusi sambil mencapai telefon bimbitku. Di hadapanku, sebuah van hotel sedang menunggu. Agak kehairanan aku. Katanya, kami hanya akan bermalam di chalet, tapi ini hotel bertaraf pula. Namun aku hanya mengikut langkahnya. Percutian kali ini ditanggung sepenuhnya oleh Danish setelah dia tidak mengizinkan aku untuk turut berkongsi bajet dengannya. Katanya, tak salah berbelanja untuk dibandingkan dengan cinta yang terindah dihatinya. Aku hanya mengikut apa yang dirancangnya. Kakiku melangkah masuk kedalam van. Danish hanya mengukir senyuman. Seolah-olah ada sesuatu yang disoroknya.

Pandangan aku terhenti apabila tiba dihotel itu. Swiss-Garden Golf Resort megah dihadapanku. Hati aku tertanya-tanya, mana mungkin dia mahu menghabiskan wangnya untuk bersamaku di hotel mewah sebegini. Aku tahu kedudukannya sebagai pelajar. Kekangan kewangan selalu dihadapi oleh pelajar. Namun, untuk bermalam disini membuatkan aku tertanya-tanya. Danish langsung berbisik kepada hotel-boy. Entah apa yang dibisiknya. Hotel-boy itu hanya mengangguk lalu membawa bagasi kami. Dia berjalan perlahan kearahku. Seperti biasa senyuman manisnya sentiasa terukir untukku. “Awak, saya ada request. Boleh?” ujarnya padaku. Bertambah kehairanan aku dengan tindakan nya. “Request apa?” soalku padanya. “Boleh awak tutup mata awak sampai ke bilik? Kalau awak buka, awak tak sayang kat saya. Boleh?” dia merapakatkan tubuhnya. Aku hanya mampu diam. Ikutkan hatiku, tak mahu lah. Macam pasangan baru bernikah pula. Namun, tak salah kalau aku mengikut kehendaknya. Mungkin ini yang boleh membahagiakannya. “Yela-yela…ada-ada je awak ni la..” akur aku pada rayuannya. Aku menutup mataku. Imej yang ada cuma ruangan gelap. Aku hanya bisa mendengar pergerakkan disekelilingku. Tangan aku ditarik. Aku menjaga langkahku agar tidak terjatuh. Mana tidaknya. Mataku gelap secara total. Langkah aku atur rapi. Sesekali aku terfikir, apalah kejutannya kali ini buatku. Danish memang suka melakukan kejutan. Sejak dari permulaan perkenalan sehingga hari ini, banyak kejutannya buatku. Aku teringat apabila telefon bimbitku rosak. Pada malam itu, dia datang kerumahku.  Hampir pukul 1 pagi. Aku keluar perlahan-lahan, khuatir didengari rakan serumahku. Pasti aku akan diketawakan nanti. Katanya ada perkara penting yang dia ingin cakapkan. Alangkah terkejutnya aku. Rupa-rupanya, dia menghadiahkan aku telefon baru sebagai pengganti telefonku yang rosak. Dia seorang lelaki yang sempurna. Mempunyai perasaan dan sensitif pada keadaan. Jarang untuk kita ketemu lelaki yang sensitif pada keadaan sekelilingnya. Namun, Danish sangat berbeza. Sebab itu jualah, hati aku terpaut padanya. Fikiran aku terhenti. Langkahku diberhentikan. “Ok awak, kita dah sampai. Awak boleh buka mata sekarang..”suara Danish berbisik. Dengan perlahan aku membuka kelopak mataku. Sinar cahaya memeritkan mataku. Mungkin lama menutup mata tanpa cahaya yang menembus kornea mataku. Aku lihat pintu bilik hotel bernombor 452 dihadapanku. Danish membuka pintu bilik dengan kunci ditangannya. Mataku terpaku tatkala pintu bilik dibuka. Bilik yang sangat indah, seperti sang permaisuri menunggu rajanya di kamar di atas puncak istana. Taburan kelopak mawar menata rias ruang bilik. Aku tak mampu berkata-kata. Aku terpegun dengan dekorasi yang indah. “Saya tempah bilik bulan madu. Special untuk kita..” kata Danish sambil menarik tanganku masuk. Langkah aku seolah terpukau dengan kata-kata Danish itu. Pintu bilik tertutup.

Sinar mentari pagi menyegarkan hari. Mataku dibuka dengan perlahan. Suasana hening awal pagi mengejutkan aku. Disisiku, Danish memeluk erat tubuh dari belakangku. Kacak juga dia dalam keadaan serabut awal pagi begini. Aku melepaskan pelukannya sambil  memusing kedudukan ku menghadapnya. Sungguh lena Danish tidur. Mungkin penat membuat kejutan. Apa yang berlaku malam semalam sukar digambarkan. Sesuatu yang indah yang pernah terjadi didalam hidupku. Akhirnya, aku serahkan segalanya demi satu alasan, CINTA. Pengorbanan yang aku buat untuk membuktikan aku serius dengannya. Rambutnya aku usap dengan perlahan. Sesekali, teringat kembali saat aku bersama Syakeer suatu masa dulu. Saat yang membahagiakan itu terulang kembali. Tapi kali ini bersama lelaki yang jauh lebih baik dari Syakeer. Aku merapatkan tubuhku padanya. Mataku bertentang mata nya. Tanganku mengenggam tangannya. Dengan perlahan matanya terbuka. Senyuman pertama terukir buatku. Dia melepaskan genggaman lalu memelukku erat. Kami berkucupan diatas katil itu. Sesuatu yang tidak aku pernah jangka telah terjadi. Benar, Danish lah jiwaku kini.

B, saya nak keluar jap boleh? Nak beli some drinks. Boleh?” Tanya aku pada Danish yang masih baring dikatil. “Urmm, boleh, tapi jangan lama-lama ok. Kesian saya sorang-sorang kat bilik ni..” jawab manjanya. Aku hanya ketawa sambil menjelirkan lidah padanya. Aku ingin lihat keindahan suasana resort yang cantik ini. Semalam aku terlepas untuk menikmatinya. Dekorasi nya yang moden namun mengekalkan ciri estetika timur menjadi daya tarikan. Sesekali perlancong asing lalu disebelahku. Memang resort ini menjadi pilihan pelancong luar dek kerana keindahan dekornya. Aku berjalan sambil menilik telefonku. Sepanjang malam telefonku ditutup. Banyak juga mesej dan panggilan yang masuk. Tiba-tiba aku terlanggar dengan seseorang. Dek kerana terlalu leka menilik telefon, aku tidak perasan ada orang dilaluanku. Telefonku terjatuh bersama akhbar milik orang itu. Aku mengambil telefonku sambil mengucapkan maaf padanya. Namun, diriku ibarat disentap. Jantungku bergetar pantas. Alangkah terperanjat aku melihat insan yang aku tidak ingin bertemu dihadapanku. Syakeer, berada di resort yang sama. Matanya tepat kearahku. Tubuhku bagai dipaku. Aku tidak dapat melarikan diri lagi. Setalah berbulan aku berusaha melupakannya, namun kini dia dihadapanku. Rapat dengan tubuhku. Aku harus melangkah pergi. Aku tidak harus bertemu dengannya. Parut ini pasti akan berdarah lagi jika aku terus dihadapannya. Melihat insan yang pertama menakluk hati pergi bersama orang lain adalah sesuatu yang sangat besar untuk aku terima. Namun aku telah melupakannya. Kini aku bersama Danish, di kamar atas. Aku harus pulang pada Danish. Aku membangunkan tubuhku dengan deras. Aku harus lari darinya. Aku capai telefonku lalu segera bangun. Namun niatku terhenti. Tanganku disentap olehnya. Genggaman erat membantutkan langkahku. “Awak…kenapa awak lari dari saya? Awak masih berdendam dengan saya?” suara deras dibelakangku. Sebak hati tidak dijemput singgah dihati. Jernih airmataku terasa di mata. Ini yang aku takutkan. Aku tidak mahu lagi bersedih kerananya. Aku sudah merelakan pemergiannya dari cintaku. Namun kini, tangannya mengenggam tanganku. Genggaman yang aku sangat rindukan. “Please awak, beri saya sedikit masa untuk bercakap dengan awak??” Syakeer menarik tanganku kebelakang. Derai airmata tak dapat tertahan lagi. Seolah aku mahu terjun melarikan diri darinya. Apakah yang harus aku lakukan? Luluh hati ini. Mengapa dia harus aku ketemu di saat-saat bahagia aku bersama Danish??


Bersambung….

Sunday, June 12, 2011

CINTA UNGU (part 4)



Deruan awan mengarak di angkasa. Hari-hari aku kini di temani  riang tawa bersama Danish. Masa bagaikan diasak untuk pantas berlalu. Rasanya baru semalam aku mengenali Danish, namun kini sudah menjangkau tiga bulan kami bersama. Walaupun kami belum merasmikan apa-apa ikatan, namun dialah lelaki yang paling rapat buat aku pada masa ini. Dia selalu menemani aku kemana jua. Begitu juga sebaliknya aku apabila bersamanya. Dari jauh aku lihat dia berlari mengejar bola. Rakan-rakannya bersorak untuk memberi semangat untuk skuad mereka untuk menjaringkan gol. Walaupun hanya di gelanggang futsal, namun kemeriahannnya bagaikan di stadium bola. Kedua-dua pasukan berteriak untuk menyokong skuad masing-masing. Aku hanya tersenyum sendirian melihat aksi lincahnya digelanggang. Memang minatnya terhadap sukan bola terlalu tinggi. Bahkan, dia merupakan wakil fakultinya untuk kejohanan futsal kampus kali ini. Teringat aku, pernah suatu ketika dia terlupa menjemputku dek terleka menonton perlawanan bola EPL. Sampai sejam lebih, baru dia tersedar. Bengang juga aku, tapi kadang-kadang, aku terasa comel pula. Tuala mini aku pegang. Aku lihat peluhnya membasahi jersi. Bersungguh dia untuk memastikan pasukannya menang untuk kejohanan kali ini. Papan skor jelas menunjukkan fakultinya akan menjuarai pusingan kali ini. Akhirnya pengadil meniup wesel penamat. Seluruh penyokong fakulti Senibina dan Ukur Bahan bersorak. Mereka akan mara ke peringkat akhir awal bulan hadapan menentang fakulti Akaun. Aku lihat Danish terbaring ditengah-tengah gelanggang bersama-sama rakan pasukannya. Jelas perasaan puas apabila berjaya mengalahkan fakulti Pengurusan Pejabat yang merupakan salah satu pasukan terhebat didalam kejohanan. Sekali-sekali dia menjeling kearahku sambil mengukir senyuman. Aku tahu, dia sangat gembira. Aku harus meraikannya.

Macam mana match tadi awak? Ok tak saya skor?” soalnya padaku sambil mengambil air mineral disisku. “ Sure la awak terror. Tahniah awak!” ucapku padanya sambil mengelap peluh dilehernya. Dengan tersenyum, dia mengenyit matanya kearahku. Aku hanya tersipu malu. Danish memang begitu perangainya. Suka melihat aku malu dengan perlakuannya. Sikap sweet-nya membuat aku bertambah sayang padanya. Tak aku sangka, walaupun dia seorang yang pelik, tetapi hati budinya sukar ditanding. “ Saya ada cadangan. Apa kata malam ni saya belanja awak makan. To celebrate kemenangan awak? Nak?” perlawa aku padanya tanda aku mahu meraikan kejayaannya. “Yes! Mesti la nak. Kita makan dekat restoran mee udang Haslam eak? Lama tak pekena mee udang..” jawabnya sambil merapatkan badannya padaku. “Ehh..demand pulak dia.” Gurau aku padanya. Kami sama-sama tertawa. Entahlah..makin hari Danish semakin dalam dihatiku. Dia sering mewarnai setiap hariku. Menemani di setiap nafasku. Hadir disetiap fikiranku. Menjadi penawar dijiwaku. Namun, adakah aku sudah cukup bersedia untuk memberi peluang kepadanya untuk menggantikan tempat Syakeer yang semakin luput dijiwaku? Persoalan itu semakin mendalam setiap hari. Jujur aku akui, memang Syakeer akan kekal dihatiku, namun dia hanya sekadar sejarah. Aku tidak mahu melihat hanya pada sejarah, namun merancang untuk masa depan. Jelas dihadapanku, Danish adalah orangnya; masa depanku.

Sayu malam menemani makan malam aku dan Danish. Mungkin dek kerana hujan pada lewat senja tadi, suasana malam hari ini menjadi sejuk dan sayu. Aku lihat, Danish begitu berselera dengan mee udang kegemarannya. Sekali-sekali aku tersenyum dengan aksinya. Bagaikan sudah seribu tahun tidak pekena mee udang. Tercuit hatiku melihatnnya. Aku cuba menghabiskan tomyam dihadapanku. “Awak, lepas ni saya nak bawa awak ke satu tempat tau. Awak just ikut je ok?” soalnya padaku sambil meneruskan menjamah mee udangnya. Aku cuma terdiam. Memang selalu Danish mengejutkan aku dengan suprises nya. Aku hanya tersenyum.

Kereta dipandu dengan perlahan kesuatu tempat. Suasana malam melimitkan pandanganku. Sesekali aku terpandang kelip-kelip lampu di tepi jalan. Tertanya juga aku, kemana Danish pandu malam-malam begini. Dengan perlahan, kereta diberhentikan. Aku dalam kehairanan. “Awak, kita dah sampai. Apa kata, kita keluar jap?” perlawanya dengan lembut. Aku menyarungkan selipar lalu membuka pintu kereta. Sebaik aku keluar, barulah aku tahu dimana aku sebenarnya. Aku di tepi tasik tempat para pemancing memancing pada lewat malam. “ Kolam pancing? Takkan awak nak memancing malam-malam pulak?” gurau aku padanya. Dia hanya tersenyum lalu menghelakan langkahnya kearahku. Dia menarik tanganku ketepi kolam. Di situ, aku lihat terdapat satu kerusi panjang tempat para pemancing berehat. Kami bersama menghela punggung untuk duduk. “Awak, saya ada something nak cakap dengan awak. Saya rasa sampai masa untuk saya cakap hal ni dengan awak.” Ucapnya dengan nada yang agak tegas. Aku menjadi kembali hairan. Apa yang begitu serius sehingga Danish bercakap dalam nada sebegitu. “Awak nak cakap apa? Macam benda yang penting je?” soal aku kehairanan. Dia merapatkan posisinya kearahku. “Awak, saya tak tahu kalau awak sedar atau tak, hari ni genap tiga bulan kita kenal. Dan saya cukup bahagia dalam tempoh tu. Saya cukup kenal awak, dan saya dah sayang awak terlalu dalam. Awak orang yang boleh buat saya tersenyum dalam setiap hari saya. Awak ada dalam setiap nafas saya, setiap akal saya, setiap tindakan saya. Impossible saya boleh lepaskan awak macam tu je. Saya, dengan ikhlas hati saya, sudikah awak menjadi teman saya, yang akan menemani setiap hari saya, dan mencintai setiap detik bersama saya? Kerana setiap hari dan detik saya hanya mencintai awak seorang saja. Sudikah awak?” genggaman tangannya makin erat apabila ungkapannya habis diungkapkan. Lidahku menjadi kelu. Seluruh sistem darahku seolah terhenti. Jantungku ibarat tersentap. Tanganku menjadi kaku. Apakah sebesar itu cintanya padaku? Jernih matanya terpapar betapa agungnya aku dimatanya. Betapa sayangnya dia padaku. Betapa dalamnya cintanya padaku. Buat pertama kali aku terasa begitu dihargai setinggi begini. Benar, aku sudah menyayanginya, bahkan tidak terlebih jika aku kata, aku sudah mencintainya. Dia benar-benar sempurna dihatiku. Mungkin tiba saat aku melangkah. Memulakan cinta yang baru. Jujur, bukan mudah aku menghapuskan Syakeer keluar dari hatiku, namun Syakeer hanya sejarah. Sejarah yang tidak akan terulang. Aku mahu memulakan sesuatu yang baru. Sesuatu yang indah. Dengan yakin, “Awak, awak lelaki yang pertama mengagungkan saya sebegini. Tak pernah terlintas sedetik dalam fikiran saya ada lelaki yang boleh menyayangi saya sebegini rupa. Saya pun mencintai awak. Awak sentiasa ada dalam hidup saya. Of cause awak, awak akan menjadi teman saya, dan kita akan sama-sama tempuh semuanya sama-sama”. Mata aku tepat memandangnya. Dengan deras, Danish memelukku. Pelukannya sungguh erat. Seolah, tidak akan dilepaskannya buat selama-lamanya. Tubuhku disentap erat.  “Thanks awak. Thanks sebab bagi peluang untuk saya mencintai dan membahagiakan awak!” getar suaranya berbisik. Terasa bagai ada air jatuh telap kebajuku. Titisan airmata nya menambahkan lagi sayang aku padanya. Aku tahu, dia benar-benar serius dalam hubungan ini. Aku sebak. Hanya senyuman yang bisa terpapar diwajahku. Akhirnya, aku bertemu dengan seseorang yang benar-benar sayang padaku. Danish melepaskan pelukan. Dengan perlahan, dia mengelap airmata dipipinya. “Maaf awak, emosi lebih pulak..” guraunya padaku. Aku hanya mampu tersenyum, sambil mengelap airmata dipipinya. Mata kami bertentang. Inilah saat indah aku menerima seseorang didalam hatiku. Kerlipan bintang mewarnai malam. Kami berkucupan tanpa dirancang. Mungkin itu tanda aku ingin melupakan apa yang sepatutnya aku lepaskan. Melepaskan insan yang pertama mengikat jiwa dan hatiku. Kini, Danish penggantinya. Pengganti yang aku harap bisa menyayangi aku seadanya aku. Tak sabar rasanya untuk meniti hari-hari yang mendatang bersama seseorang yang amat menyayangi aku.

Bersambung…..

Thursday, June 9, 2011

CINTA UNGU (part 3)



Desir tempias hujan membasahi bumi. Suasana makin dingin, menghilangkan bahang mentari. Desiran hujan menyejuk kan seharian yang panas. Namun, apa titisan hujan ini mampu menyejukkan apa yang membara dihatiku? Panahan api yang entah bila akan terpadam. Apa aku boleh melupakan Syakeer dari hati aku? Segala persoalaan bermain di minda ku. Benar, dia lelaki yang paling aku cinta. Sudah banyak aku berkorban untuk Syakeer. Dia lelaki pertama yang menerima aku seadanya. Malah kami sangat bahagia ketika bersama. Entah apa kurangnya sehingga dia mampu menduakan aku untuk orang lain. Tak pernah aku bayangkan cinta aku berakhir begini. Hilang semua janji dan sayang. Terngiang ngiang ditelingaku saat kami bergurau ditelefon. Jarak cinta aku dan Syakeer tidak pernah membantutkan perasaan cinta dan sayang aku padanya. Tiap-tiap hari kami berhubung untuk mengetahui perkembangan masing-masing. Tapi, aku tidak sangka dia mampu menduakan aku tanpa aku sedari. Segala-galanya hancur dalam sekelip mata. Masih teringat ayatnya padaku, “Saya akan mengahwini awak kalau kita dibenarkan. Awak sangat sempurna dimata saya”. Itulah ayat Syakeer padaku. Itu juga yang menguatkan sayang aku padanya. Namun semuanya terkubur. Tatkala aku terbuka Facebook nya, semua nya terpapar jelas di Wallpost nya. Saat itu segalanya musnah. Segalanya bagaikan kepingan kaca yang berderai jatuh dari bingkainya. Apa semua itu dengan mudah untuk aku lupakan? Munafik lah aku jika aku mengaku bisa melupakannya. Walau sedalam mana hati aku terhiris, namun secubit dendam tiada untuk Syakeer. Sejak aku pergi ketika kami di tepi pantai tempoh hari, sehingga hari ini aku mengelak untuk berhubung dengannya. Cukup lah segala duka yang aku tempuh. Sudah aku usahakan untuk menyelamatkan cintaku sehingga aku sanggup dimadukan cintanya. Semua itu aku lakukan untuk masih kekal bersamanya. Namun semuanya adalah sia-sia. Keperitan aku tiada nilai dimatanya. Mungkin ini takdir ku oleh Tuhan. Tuhan sedang menguji aku atas segala dosa-dosa terlaknat yang aku lakukan. Aku cuma bisa redha dan mengharapkan ihsan dari Illahi untuk diberi kekuatan untuk menempuh segalanya. Sesungguhnya aku insan yang paling hina dimataNya.

Pemikiran aku terhenti. Aku lihat kereta Danish dihadapan rumah. Dengan bercermin mata hitam, berbaju polo merah dan berseluar pendek, dia melangkah masuk kerumahku. Ditangannya di jinjing plastik bungkusan makanan. Terfikir aku, mengapa tiba-tiba dia datang kerumahku? Aku dengan tergesa-gesa mengelap air mata aku yang jatuh dek mengenangkan kisah lampauku. “Assalamualaikum Qairil.” Sapa salamnya diluar rumah. Aku melangkah perlahan untuk kemuka pintu. “Waalaikumsalam. Oh, awak, tiba-tiba datang? Masuklah..” perlawa aku dengan lembut. “Saja nak jumpa awak. Ini saya bawakan pizza kegemaran awak. Saya turun ke bandar belikan ni khas buat awak..” hulurnya beg plastik itu kearahku. Merah padam wajahku dek kerana kebaikannya. “ Ya Allah.. Susah-susah je awak ni.” Balas aku padanya. Dia hanya tersenyum sambil menghelakan punggung nya untuk duduk. Matanya membelek setiap ruang di ruangtamu rumahku. Aku membuka bekalan lalu menyiapkan diatas meja makan. “ Marilah awak, kita makan sama-sama” perlawa aku dari meja makan. Dia bangun lalu meletakkan cermin matanya di atas bantal. “Saya belikan untuk awak, bukan untuk saya..” sambil mencubit pipiku. Bertambah merah lagi muka aku. Sudah lama aku tidak dilayan baik sebegini. Dia membantu mengisi air didalam jug. Senyumam sentiasa terukir diwajahnya. Terdetik dihatiku, beruntung sungguh siapa yang memiliki Danish. Baik hati, ikhlas, jujur dalam tindakannya, tidak berpura-pura, malah tampan lagi. Aku memandang kearahnya dengan tepat. Aku sibuk memikirkan hal itu sehingga tidak perasan dia sedang memandang kembali kearahku. “Awak tengok apa kat muka saya?” tegurnya yang sekaligus menyedarkan lamunanku. “Eh, tak ada apa-apa la…” tunduk mukaku malu. Alamak, malu sungguh aku kerana dia perasan aku sedang memandangnya. Apa pula fikinya nanti. Adoh.. “Ala, awak tengok muka saya yang hensem ni ye?” soalnya untuk mengujiku. Bertambah malu aku dengan soalannya. “Eleh, perasan betul!” ucapku untuk menutup malu. Dia hanya tertawa kecil. Pasti ianya kelakar. Aku menghulurkan pinggan. “ Lupa pulak saya. Housemate awak tak balik lagi ke?” soalnya padaku. “ Belum lagi. Diaorang selalu balik petang.” Jawabku pada soalannya. Lantas tangannya memegang tanganku. Matanya tepat kearahku. “Awak, kita masuk minggu ketiga kita kenal, tapi saya rasa sangat rapat dengan awak. Awak cukup memahami perangai saya, kekurangan saya, siapa diri saya. Satu soalan saya, sudah awak bersedia untuk saya? Boleh saya menjadi penganti kepada Syakeer?” panahan soalan itu membuat aku tergamam. Inilah soalan yang aku risau akan terpancul dari mulutnya. Aku tidak mahu dia mengharap kepada hatiku yang masih milik Syakeer. Aku tidak mahu menipu hatinya. Jujur aku akui, aku mula menyukainya. Dia seorang yang memahami, mengambil berat tentang diriku, terlalu memikirkanku. Namun 3 minggu perkenalan suatu tempoh yang cepat untuk mengantikan posisi Syakeer di hatiku. Syakeer sudah lama bertahta dihatiku. Segala pengorbanan dan susah payah aku tempuhi bersama. Bukan senang untuk aku membuang kedudukan Syakeer. Tapi aku tidak mahu melukakan hati Danish jika aku menerimanya dan berpura-pura menyayanginya sepenuh hati walhal masih ada kehadiran Syakeer di sanubari. Aku menarik tanganku perlahan-lahan. “Awak, saya mula sayang awak. Tapi terlalu cepat untuk kita masuk dalam keputusan tu. Saya nak yang terbaik untuk kita berdua..” jawab aku padanya. Serata itu, dia menundukkan wajahnya. Aku tahu kekecewaannya sangat dalam. Dia terlalu mengharap pada cintaku yang tidak pasti. Malah aku rasa berdosa kerana membiarkan dia mengharap. Terlintas didalam hati ini, mengapa perlu dia menunggu aku sedangkan dia mampu dapat orang yang lebih sempurna berbanding diriku? Dia mempunyai rupa, baik budi bicara, pasti ramai yang mendambakannya.

Disudut ruang, aku duduk menangisi apa yang aku terpaksa tempuhi dalam tempoh terdekat ini. Petang tadi aku telah mengecewakan Danish dengan menolak hatinya. Apa aku terlalu bodoh, masih menunggu kepada manusia yang langsung tidak pernah menghargai aku? Mengharap pada suatu yang bukan menjadi milik aku lagi? Danish..maafkan saya…saya tak mahu awak kecewa seperti saya. Dikecewakan oleh orang tersayang setelah pelbagai perkara kita tempuh bersama. Awak lelaki yang paling baik yang pernah saya kenal. Tiada kekurangan dimata saya. Oleh kerana kesempurnaan itu, saya tidak sanggup menyakiti awak. Saya hendak awak berbahagia, bukan menderita kerana cinta. Terlalu sakit dengan apa yang saya tempuh. Dan saya tak akan izinkan awak merasai kesakitan itu. Titisan airmata terus membasahi pipi. Sekali sekali terjatuh diatas telefonku. Ketukan pintu bilikku oleh rakan rumahku menyedarkan lamunanku. “Weyh, ada orang nak jumpa ko. Aku bagi dia masuk terus la!” jawab Iman, teman baikku, juga rakan serumahku. Namun belum sempat aku membantah, orang yang dimaksudkan terus masuk keruang bilikku. “Awak, tolong hentikan tangisan awak. Setiap titisan airmata awak melukakan perasaan saya..” jawab Danish sambil melangkah masuk. Pintu bilikku ditutup perlahan-lahan. Iman turut bersedih dengan apa yang berlaku keatas diriku. Namun dia amat memahami kondisiku. Langkahnya mula terhenti apabila dia tiba disisi katilku. Aku hanya mampu menundukkan wajahku yang sembab. Dengan perlahan, aku merasakan dia duduk menghampiriku. Dipeluknya aku dengan erat. “ Saya tak kisah jika terpaksa menunggu seribu tahun sekalipun. Asalkan saya boleh menemani dan membahagiakan awak. Jangan paksa diri untuk saya. Saya akan setia disisi awak. Sebab apa? Sebab saya terlalu menyayangi awak.” Bisiknya dengan perlahan ditelingaku. “so, please. Hentikan tangisan awak. Saya akan lebih terluka dengan setiap titisan air mata awak yang jatuh..” sambil memeluk aku dengan lebih erat. Aku mengangkat wajahku lalu melepaskan diri dari pelukannya. Aku lihat matanya berair. Bukan ini yang aku ingin lihat dari wajahnya. Dengan deras, aku memeluk nya. Titisan airmata ku jatuh kebahunya. Danish seorang lelaki yang paling baik yang pernah aku jumpa. Diusapnya rambutku dengan perlahan untuk meredakan aku. “ Saya menyintai awak sepenuh hati saya. Saya takkan biarkan awak menangis lagi…” bisik nya kearahku. Dengan perlahan dia mengucup pipiku. Itulah saat yang paling mengharukan dalam hidupku. Benar, cinta itu memang sukar diduga. Mungkin aku harus memulakan sesuatu yang baru dengan keputusan yang terbesar dalam hidupku. Mungkin tiba saat aku melepaskan apa yang aku genggam.

Bersambung….. 

Sunday, June 5, 2011

CINTA UNGU (part 2)



Hiruk pikuk dan gelak tawa jiran sebelah menghilangkan sisi sunyi di rumahku. Dua lagi teman rumahku masih belum pulang. Kulihat jam didinding menunjukkan jam 4.30 petang. Gelas berisi sebuk milo aku halakan pada heater. Dengan deras, aku menekan punat untuk mengeluarkan air panas. Dengan secara tidak disengajakan, percikan air memeritkan kulitku. Hampir terhempas gelas dek kepanasan air dari heater itu. Hati aku terdetik. Seperit lecuran air panas ini tidak seperit beban didalam hati aku ini. …

Sayang, saya terpaksa berbohong dengan awak. Awak terlalu baik untuk saya. Saya ini hanya banyak meyakitkan hati awak. Maafkan kesilapan saya ini awak..” Syakeer memegang erat tanganku. Suasana bayu di tepi pantai tidak setenang hati aku yang sedang bergelora. Titisan air mata berderai jatuh, membasahi setiap ruang diwajahku. Lidah aku kelu dek kebenaran yang telah terbongkar. Insan yang paling aku cintai rupanya curang dibelakangku. Apa aku kurang? Apa aku melakukan kesilapan? Atau aku tidak sesempurna dia yang berjaya memenangi hati Syakeer? Mungkin andaian ketiga aku itu benar. Aku tidak sesempurna Harith dimata Syakeer. Mungkin aku hanya membebankan dia. Sikap keanak-anakan aku mungkin merimaskan dia. Syakeer memilih Harith mungkin kerana sikapnya yang menyenangkan Syakeer. Walhal, aku tidak. Tanganku aku tarik dari genggaman nya. Perlahan aku hapuskan air mata di wajahku. Syakeer mengusap rambutnya tatkala aku melepaskan pegangan tangan nya. Wajahnya terpampar penyesalan. Namun seribu kekesalan tidak berarti lagi. Parut sudah terbentuk dihati. Apakah parut itu bisa diubati dengan penawar yang dipanggil CINTA? Mustahil bagiku. “ Saya rasa, perpisahan adalah jalan terbaik buat kita, Syaq. Saya tidak mahu menjadi penghalang hubungan awak dengan dia. Dia berhak happy bersama awak.” Ucap bibir aku yang sungguh berat untuk aku ungkapkan. Mata nya hanya memandang wajahku. Aku sudah tidak mampu melihat wajahnya lagi. Aku mengumpul kudrat bangun dari batu tempat kami duduk. Titisan air mata masih menemaniku. Namun, aku harus pergi. Ianya akan bertambah parah jika aku masih disisinya. Dengan perlahan, aku menarik keluar cincin dijari manisku. Cincin pemberiannya  11 bulan dulu apabila dia menjadi kekasih hatiku. Kini, cincin itu hanya sia-sia. Aku menarik tangan nya, dan memberikan cincin itu kepadanya. Aku lihat air matanya mengalir dipipinya dek dia menunduk wajahnya. Sayu hatiku. Namun inilah jalan terbaik untuk melihat seorang lelaki yang paling aku cintai hingga akhir nyawaku bahagia bersama insan pilihannya. Dengan tabah, aku memeluknya. “ Ini kali terakhir saya memeluk awak. Terima kasih awak, sebab pernah membahagiakan saya. Awaklah insan pertama yang saya cintai dan awak mempunyai posisi istimewa didalam hati saya sampai bila-bila. Doa saya sentiasa mengiringi awak, Syaq. Semoga awak selamat dan berbahagia. Lupakan saya….” Ucapan aku diakhir dengan kucupan dipipinya. Airmataku membasahi pipinya. Tak tertahan rasa hati ini melepaskannya dia pergi. Namun, ini langkah aku mengorbankan cintaku demi dia bahagia. Aku melepaskan pelukan aku. Aku segera bangun, namun tanganku ditarik. Dikucupnya tanganku dengan tangisan diwajahnya. Pertama kali aku melihatnya menangis. Dengan perlahan aku menarik kembali tanganku, lalu beredar. Terik mentari hilang tatkala jatuh dihujung senja. Begitulah jua hilangnya aku pada pandangannya.

Lamunan aku terhenti. Kudengar telefonku berdering. Aku mengusap airmata aku yang tiba-tiba mengalir, mengenangkan peristiwa itu. Aku berlari-lari anak kebilik sambil mengusap tangan ku yang sedikit melecur. Aku lihat satu nombor baru. Terdetik dihati aku, siapa pula yang menelefon aku ini. Mungkin kawan-kawanku yang bertukar nombor. Aku mengangkat panggilan itu. “ Assalamualaikum.. hai Qairil. Danish ni..” suara garau menyapa aku. Alangkah terkejut nya aku dengan panggilan itu. “ Wa’alaikumussalam. Ohh..awak ke? Ada ape ye?” soal aku dengan gugup padanya. “ Saja. Nak dengar suara awak.” Jawabnya dengan ringkas. “Haha..yela tu” aku tergelak dengan jawapan nya. Perbualan itu merupakan perbualan pertama aku dengan lelaki pelik itu. Suatu perbualan yang mesra, walaupun baru bertemu hari ini. “ Ok la awak, saya nak mandi dulu. Dalam setengah jam, saya jemput awak boleh? Kita pergi makan sama-sama. Saya belanja! Nak?” ajak nya padaku. Agak terkejut juga aku dengan ajakkan nya. “ Urmm..boleh jugak.lapar ni.!” Gelak aku padanya. “Ok! Set! Sat lagi saya datang. Bye..” dia mengakhirkan panggilan. Tersenyum aku dengan panggilan itu. Dalam benak fikiranku, baik juga Danish ni. Tidak sombong, malah kelakar pula.

Nak pergi makan kat mana? Saya ikut je.” Soal Danish padaku. “ Urm..apa kata kita makan dekat Restoran Rembau. Nak makan masak cili padi lah!” ajakku padanya. Namun, lain pula reaksinya. Dia terus menyentap tanganku. Diusapnya tangan aku yang melecur terkena air panas tadi. “ Kenapa ni wak..merah melecur ni?” soalnya dengan risau. “Ehh..ni..terkena air panas time nak buat milo tadi. Terberangan lebih pulak.” Sorok sakit aku dihadapannya. “ Isshh..awak ni cuailah..” sambil mengusap tanganku. Lalu dia meniup tangan aku perlahan-lahan. Jantungku ibarat terhenti seketika. Reaksi nya membuatkan aku terkesima. Apakah ini suatu permulaan bagi suatu cinta baru sedangkan aku baru kehilangan lelaki yang paling aku sayang? Danish tidak ubah seperti Syakeer; sangat mengambil berat hal aku. Tambahan pula, Danish baru sahaja mengenaliku. Sebegini risaunya dia padaku. Degup jantungku sangat sukar diungkap. Apakah ini suatu permulaan cinta baru antara aku dan dia?....
Bersambung…

Thursday, June 2, 2011

CINTA UNGU (part 1)




Mentari pagi bersinar di jendela ku. Berat sungguh mata ini untuk berjaga. Arrgghh….!! Hari-hari yang ditempuh seperti dejavu. Kelas setiap hari! Dengan berat, aku bangun dari katilku. Ku lihat muka aku di cermin. OMG!!  Dah macam nenek kebayan dah..haha..malu ni kalau ada orang nampak. Jatuh saham aku. Aku capai tuala yang tersangkut di tepi wardrobe aku. Kaki ang lemah berjalan untuk kebilik air. Namun, baru aku tersedar. Mata aku sembab. Mungkin akibat tangisan semalam….

Pelajar-pelajar melintasi disetiap jalan di dalam kampus. Ada yang bergelak tawa, berkejar-kejaran, juga yang seperti terpaksa untuk kekelas. Cuping telinga aku disaji dengan lagu “Kisah Hati” dari Alyah. Tersentak aku dengan lirik yang sangat mendalam bagi aku. Namun aku tidak boleh hanyut dengan perasaan. Aku seorang yang kuat dan tabah. Perkara ini adalah mudah untuk aku tempuh. Lagipun, ini semester terakhir aku di uni ini. Lepas ini, graduate la aku! Yeay!! Banyak sungguh cabaran yang aku tempuh untuk memperoleh segulung ijazah. Bukan sahaja dugaan akedemik, malah CINTA. Teman-teman aku didalam kereta tertawa mengenang kejadian semalam dimana ada seorang lelaki cuba untuk mengorat salah seorang temanku, yang sudah ber-BF. Sampai lelaki itu terjatuh didalam longkang dek mengejar teman aku itu. Kelakar sungguh rasanya.

Tangan aku dibasuh dengan bersih. Urrmmm..kenyang sungguh aku makan tengahari hari ini. Menu: ayam masak merah dan sayur campur. Mata aku masih bengkak dek kerana menangis semalam. Mungkin apa yang jadi itu terlaku kuat impak nya padaku. Impak yang sama yang pernah aku rasa dahulu semasa dengan lelaki yang paling aku sayang sampai akhir nyawa aku. Aku memperlahankan langkah lalu menghela kan punggung untuk duduk kembali dimeja makan. “ dah la babe. Jangan la sedih-sedih lagi. Dah macam orang mati laki aku tengok” sapa teman rapatku Nadia. “betul tu weyh..dah la..tak vogue aku tengok la uolss!” sokong Alma yang cuba menaikkan semangat aku kembali. Aku Cuma tersenyum dengan kata-kata mereka. Beruntung rasa hati aku kerana dikelilingi kawan-kawan yang sangat supportive. Mereka tidak pernah membiarkan aku kesedihan walaupun mereka tahu dan menerima siapa aku. Tidak semua orang boleh menerima kejadiaan aku seperti ini. Namun, aku bersyukur kerana mereka sering menyokong dan menasihati aku dala setiap tindak tandukku. Lamunan aku tersentak. Telefon aku berdering. Kulihat nama SYAKEER terpapar di skrin telefon ku. Patut kah aku menjawab panggilannya, atau membiarkan?? Diri aku seolah-olah disentap. Jiwa aku bagai dicarik dengan kuat. Mengapa dia menghubungi aku sedangkan apa yang dia lakukan amat menyakitkan untuk aku terima? Apakah dia tidak mempunyai perasaan?  Tekanan didalam akal dan hati tanpa aku sedari melahirkan tindakan diluar kawalan. Tanganku seolah ditarik lalu menolak telefon dengan kuat jatuh dari meja makan. Tercampak lalu berderai. Terkejut Nadia dan Alma dengan reaksi aku itu. Mata aku cuba mengawal air mata. Aku tidak boleh lemah dengan senang mejatuhkan air mata. Alma mengenggam tanganku. Dia cuba memberi aku kekuatan untuk tabah. Merah muka aku menahan kesakitan didalam hati ini. Aku tidak menghiraukan orang-orang dikeliling aku. Apa mereka melihat dan berkata dengan apa yang aku buat.


Namun kepedihan aku tersentak. Datang seorang lelaki berseluar hitam dan berkemeja kotak-kotak biru menghampiriku. Aku mengangkat muka kearahnya. Dengan tersenyum, dia memberikan telefon aku yang berderai itu. “kalau marah pun, jangan rosakkan barang. Sayang je…” teguran lembutnya kearah aku. Aku menilik kad pelajar didadanya. DANISH namanya, namun adakah aku mengenalinya sehingga dia begitu baik padaku? Dia melemparkan senyuman lalu berlalu pergi. Aku didalam kebingungan.  Siapa budak lelaki itu? Fikiran aku bercampur baur…lelaki itu berlalu tanpa menoleh kembali. Aku menjadi hairan.

Langkahku seperti tidak teratur. Fikiran aku asyik memikirkan siapa lelaki pelik tadi. bukan ketampanannya menjadi punca, namun sikap nya. Aku membetulkan beg Zara yang dihadiahkan oleh kakak ku sempena ulangtahun ke-23 aku. Buku Research Methodology aku peluk erat. Kaki aku paksa untuk melangkah pulang kerumah. Panas mentari memeritkan suasana. Jam di tangan menunjukkan jam 3pm. Benak fikiran aku, rasanya mahu tidur dahulu. Letih sungguh rasa didalam badanku. Namun langkah ku terhenti. Sebuah kereta MyVi putih menyekat laluanku. Tingkap kereta terbuka dengan perlahan. Tertanya juga aku, siapakah yang memberhentikan kereta didepan aku ini. Mungkin teman kelasku yang mahu menghantar aku pulang. Aku merendahkan kepalaku untuk melihat siapakah pemilik kereta ini. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat lelaki tadi didalam kereta itu. Danish yang pelik. Seperti tadi, senyumannya terukir untukku. "Panas ni awak. mai saya hantar awak balik. lagipun satu arah ni" perlawaannya dalam loghat utara. Pintu kereta terbuka. Hati aku berbisik, kalau aku jual mahal, panas aku untuk berjalan pulang. Baik aku menerima perlawaan itu. Dengan segan, langkah kakiku masuk kedalam kereta ber-plat WLM 2434. "haa..cam tu la..by the way, saya Danish. awak Qairil kan?" dia menghulurkan tangan. " mana awak tau nama saya?" aku kehairanan. "Adalah.." sambil mengalihkan wajahnya sambil tersenyum. Tahap kehairanan aku makin bertambah. SAH! dia ni memang pelik. Sepanjang perjalanan aku hanya membisu. Kelu lidah ini untuk berbicara. Danish memandu sambil menyanyi lagu rock kapak zaman 90-an. Dalam fikiran aku, memang tak masuk dengan jiwa aku! haha. Namun, harus aku akui, suaranya agak lunak. " Rumah awak number berapa?" soalnya padaku. "87, lorong 35" spontan aku menjawab. "Baik bos!" seolah memerli aku. Namun aku tetap membisu. Tanpa aku sedari, kereta sudah sampai dihadapan pintu pagar rumahku. " Ok awak, dah sampai." ucapnya padaku sambil memandang tepat kearahku. "Ok. terima kasih ye awak" ucap balas aku padanya. Tangan aku hela untuk membuka pintu. Namun terkunci. Danish tidak unlock pintu keretanya. " awak, bukak la pintu nie" tanya aku padanya. Dengan senyuman manisnya, " boleh, tapi saya nak number telefon awak dulu. boleh?" duga nya kepadaku. wahh..didalam hati aku berbisik. Daring sungguh terus meminta number telefonku. "nak buat apa number saya?" soal aku padanya. " Sebagai langkah awal saya untuk mengenali awak..." jawabnya sambil menghulurkan telefon nya kearahku. Aku terpaku dengan jawapannya. Dengan tak dipaksa, aku mengambil telefon nya lalu menaip number telefonku. Dengan pantas aku meletakan telefon itu kepehanya. Dengan deras, aku menyentak beg aku untuk berlalu pergi setelah pintu di-unlock oleh Danish. Namun tanganku dipegang olehnya ketika mahu meletak telefon diatas ribanya. "Terima kasih awak.." ucapan nya padaku. Hatiku bak dihempas ombak. Apa niat Danish keatasku? Dengan senyuman, aku menarik tanganku lalu keluar dari kereta tanpa sepatah kata. Pandangan nya kearahku hilang tatkala aku melangkah masuk kerumah. Barulah dia beredar dengan keretannya. Aku tersandar dibelakang pintu. Seolah apa yang berlaku itu suatu lakonan semata-mata. Degup jantung aku kencang. Jika Alma atau Nadia tahu, pasti teruk aku diperli oleh mereka.  Aku menghela nafas sedalam-dalamnya....
BERSAMBUNG… 

Wednesday, June 1, 2011

Hmmm....

Hi uols!! Update terbaru pangeran nie pangeran nak share something gan uols sikit. “Hmmm” adalah word yang selalu kita pakai if we feel disappointed rite?? Actually benda nie da jadi lama dah, but its come back bila ada individu2 tertentu yang shows his act yang menyebabkan pangeran rasa sikit disappointed.



Semua readers tau kot pasal my love’s journey. (kalu xtau, cek my older post eak..lol). pangeran with my ex are closed. We shares a lot of things. Means, pangeran gan dia adalah BFF (best friend forever). Diantara BFF2 yang pangeran ade, ex pangeran tu je yang really man’s act. Ala..jantan betul. BFF pangeran yang lain sume diva2 chantek! Kannzz..harus laa…! Hahahaha..

But what make us closed adalah rasa hormat dia kat pangeran and rasa hormat pangeran kat dia. Dia cukup memahami siapa pangeran nie. Xsemua tau pasal diri pangeran yang camnie. Dah ala2 Zaiton Sameon dah…lol…but ape pon pada pangeran, dia terima sebagai kawan. But biasa la..bila berstatus “janda” nie, orang akan anggap lain. Besides ex pangeran, pangeran ade kenal someone. Dia baik jugak, even though selalu wat pangeran sakit atik! Haha..plus, he is my ex bf’s friends. Berkait-kait eak..hahaha..dia banyak gak la wat pangeran happy.

But, 1 benda yang wat pangeran lil frust when he is not trust on me. Actually dia xbagi pangeran contact gan ex pangeran da, sbb bf ex pangeran tu rase xselesa. But honestly, its just a friends relationship. Bila dia xtrust pangeran on this particular relationship, buat pangeran rasa sikit sdey. Apa yang buat dia beza gan ex pangeran adalah ex pangeran selalu ada bila pangeran dalam masalah atau ape, compared gan dia. ex pangeran selalu dengar ape jugak masalah  and support ape action yg pangeran nak buat. thats the difference. Both baik and nice, but tu je beza nye…

Tapi orang2 xkan paham kot. Biasalah, janda bila rapat je gan someone dah kate nak mencaras! Hello..i xpenah caras mencaras nie okey! Xkuasa i! lol..dah la..malas pangeran nk over thinking lagi. Pangeran nk proceed gan life pangeran yang ala2 Rozita Che Wan da nie..hahahaha..janda vogue katenye! Hade aku kisah!! As long as pangeran ade BFFs yang baik2 belaka and ‘someone’ yang special kat life pangeran da ckup! Kanz…Alhamdulillah sangat2..lol

xoxo

Pangeran Ungu