shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Sunday, June 12, 2011

CINTA UNGU (part 4)



Deruan awan mengarak di angkasa. Hari-hari aku kini di temani  riang tawa bersama Danish. Masa bagaikan diasak untuk pantas berlalu. Rasanya baru semalam aku mengenali Danish, namun kini sudah menjangkau tiga bulan kami bersama. Walaupun kami belum merasmikan apa-apa ikatan, namun dialah lelaki yang paling rapat buat aku pada masa ini. Dia selalu menemani aku kemana jua. Begitu juga sebaliknya aku apabila bersamanya. Dari jauh aku lihat dia berlari mengejar bola. Rakan-rakannya bersorak untuk memberi semangat untuk skuad mereka untuk menjaringkan gol. Walaupun hanya di gelanggang futsal, namun kemeriahannnya bagaikan di stadium bola. Kedua-dua pasukan berteriak untuk menyokong skuad masing-masing. Aku hanya tersenyum sendirian melihat aksi lincahnya digelanggang. Memang minatnya terhadap sukan bola terlalu tinggi. Bahkan, dia merupakan wakil fakultinya untuk kejohanan futsal kampus kali ini. Teringat aku, pernah suatu ketika dia terlupa menjemputku dek terleka menonton perlawanan bola EPL. Sampai sejam lebih, baru dia tersedar. Bengang juga aku, tapi kadang-kadang, aku terasa comel pula. Tuala mini aku pegang. Aku lihat peluhnya membasahi jersi. Bersungguh dia untuk memastikan pasukannya menang untuk kejohanan kali ini. Papan skor jelas menunjukkan fakultinya akan menjuarai pusingan kali ini. Akhirnya pengadil meniup wesel penamat. Seluruh penyokong fakulti Senibina dan Ukur Bahan bersorak. Mereka akan mara ke peringkat akhir awal bulan hadapan menentang fakulti Akaun. Aku lihat Danish terbaring ditengah-tengah gelanggang bersama-sama rakan pasukannya. Jelas perasaan puas apabila berjaya mengalahkan fakulti Pengurusan Pejabat yang merupakan salah satu pasukan terhebat didalam kejohanan. Sekali-sekali dia menjeling kearahku sambil mengukir senyuman. Aku tahu, dia sangat gembira. Aku harus meraikannya.

Macam mana match tadi awak? Ok tak saya skor?” soalnya padaku sambil mengambil air mineral disisku. “ Sure la awak terror. Tahniah awak!” ucapku padanya sambil mengelap peluh dilehernya. Dengan tersenyum, dia mengenyit matanya kearahku. Aku hanya tersipu malu. Danish memang begitu perangainya. Suka melihat aku malu dengan perlakuannya. Sikap sweet-nya membuat aku bertambah sayang padanya. Tak aku sangka, walaupun dia seorang yang pelik, tetapi hati budinya sukar ditanding. “ Saya ada cadangan. Apa kata malam ni saya belanja awak makan. To celebrate kemenangan awak? Nak?” perlawa aku padanya tanda aku mahu meraikan kejayaannya. “Yes! Mesti la nak. Kita makan dekat restoran mee udang Haslam eak? Lama tak pekena mee udang..” jawabnya sambil merapatkan badannya padaku. “Ehh..demand pulak dia.” Gurau aku padanya. Kami sama-sama tertawa. Entahlah..makin hari Danish semakin dalam dihatiku. Dia sering mewarnai setiap hariku. Menemani di setiap nafasku. Hadir disetiap fikiranku. Menjadi penawar dijiwaku. Namun, adakah aku sudah cukup bersedia untuk memberi peluang kepadanya untuk menggantikan tempat Syakeer yang semakin luput dijiwaku? Persoalan itu semakin mendalam setiap hari. Jujur aku akui, memang Syakeer akan kekal dihatiku, namun dia hanya sekadar sejarah. Aku tidak mahu melihat hanya pada sejarah, namun merancang untuk masa depan. Jelas dihadapanku, Danish adalah orangnya; masa depanku.

Sayu malam menemani makan malam aku dan Danish. Mungkin dek kerana hujan pada lewat senja tadi, suasana malam hari ini menjadi sejuk dan sayu. Aku lihat, Danish begitu berselera dengan mee udang kegemarannya. Sekali-sekali aku tersenyum dengan aksinya. Bagaikan sudah seribu tahun tidak pekena mee udang. Tercuit hatiku melihatnnya. Aku cuba menghabiskan tomyam dihadapanku. “Awak, lepas ni saya nak bawa awak ke satu tempat tau. Awak just ikut je ok?” soalnya padaku sambil meneruskan menjamah mee udangnya. Aku cuma terdiam. Memang selalu Danish mengejutkan aku dengan suprises nya. Aku hanya tersenyum.

Kereta dipandu dengan perlahan kesuatu tempat. Suasana malam melimitkan pandanganku. Sesekali aku terpandang kelip-kelip lampu di tepi jalan. Tertanya juga aku, kemana Danish pandu malam-malam begini. Dengan perlahan, kereta diberhentikan. Aku dalam kehairanan. “Awak, kita dah sampai. Apa kata, kita keluar jap?” perlawanya dengan lembut. Aku menyarungkan selipar lalu membuka pintu kereta. Sebaik aku keluar, barulah aku tahu dimana aku sebenarnya. Aku di tepi tasik tempat para pemancing memancing pada lewat malam. “ Kolam pancing? Takkan awak nak memancing malam-malam pulak?” gurau aku padanya. Dia hanya tersenyum lalu menghelakan langkahnya kearahku. Dia menarik tanganku ketepi kolam. Di situ, aku lihat terdapat satu kerusi panjang tempat para pemancing berehat. Kami bersama menghela punggung untuk duduk. “Awak, saya ada something nak cakap dengan awak. Saya rasa sampai masa untuk saya cakap hal ni dengan awak.” Ucapnya dengan nada yang agak tegas. Aku menjadi kembali hairan. Apa yang begitu serius sehingga Danish bercakap dalam nada sebegitu. “Awak nak cakap apa? Macam benda yang penting je?” soal aku kehairanan. Dia merapatkan posisinya kearahku. “Awak, saya tak tahu kalau awak sedar atau tak, hari ni genap tiga bulan kita kenal. Dan saya cukup bahagia dalam tempoh tu. Saya cukup kenal awak, dan saya dah sayang awak terlalu dalam. Awak orang yang boleh buat saya tersenyum dalam setiap hari saya. Awak ada dalam setiap nafas saya, setiap akal saya, setiap tindakan saya. Impossible saya boleh lepaskan awak macam tu je. Saya, dengan ikhlas hati saya, sudikah awak menjadi teman saya, yang akan menemani setiap hari saya, dan mencintai setiap detik bersama saya? Kerana setiap hari dan detik saya hanya mencintai awak seorang saja. Sudikah awak?” genggaman tangannya makin erat apabila ungkapannya habis diungkapkan. Lidahku menjadi kelu. Seluruh sistem darahku seolah terhenti. Jantungku ibarat tersentap. Tanganku menjadi kaku. Apakah sebesar itu cintanya padaku? Jernih matanya terpapar betapa agungnya aku dimatanya. Betapa sayangnya dia padaku. Betapa dalamnya cintanya padaku. Buat pertama kali aku terasa begitu dihargai setinggi begini. Benar, aku sudah menyayanginya, bahkan tidak terlebih jika aku kata, aku sudah mencintainya. Dia benar-benar sempurna dihatiku. Mungkin tiba saat aku melangkah. Memulakan cinta yang baru. Jujur, bukan mudah aku menghapuskan Syakeer keluar dari hatiku, namun Syakeer hanya sejarah. Sejarah yang tidak akan terulang. Aku mahu memulakan sesuatu yang baru. Sesuatu yang indah. Dengan yakin, “Awak, awak lelaki yang pertama mengagungkan saya sebegini. Tak pernah terlintas sedetik dalam fikiran saya ada lelaki yang boleh menyayangi saya sebegini rupa. Saya pun mencintai awak. Awak sentiasa ada dalam hidup saya. Of cause awak, awak akan menjadi teman saya, dan kita akan sama-sama tempuh semuanya sama-sama”. Mata aku tepat memandangnya. Dengan deras, Danish memelukku. Pelukannya sungguh erat. Seolah, tidak akan dilepaskannya buat selama-lamanya. Tubuhku disentap erat.  “Thanks awak. Thanks sebab bagi peluang untuk saya mencintai dan membahagiakan awak!” getar suaranya berbisik. Terasa bagai ada air jatuh telap kebajuku. Titisan airmata nya menambahkan lagi sayang aku padanya. Aku tahu, dia benar-benar serius dalam hubungan ini. Aku sebak. Hanya senyuman yang bisa terpapar diwajahku. Akhirnya, aku bertemu dengan seseorang yang benar-benar sayang padaku. Danish melepaskan pelukan. Dengan perlahan, dia mengelap airmata dipipinya. “Maaf awak, emosi lebih pulak..” guraunya padaku. Aku hanya mampu tersenyum, sambil mengelap airmata dipipinya. Mata kami bertentang. Inilah saat indah aku menerima seseorang didalam hatiku. Kerlipan bintang mewarnai malam. Kami berkucupan tanpa dirancang. Mungkin itu tanda aku ingin melupakan apa yang sepatutnya aku lepaskan. Melepaskan insan yang pertama mengikat jiwa dan hatiku. Kini, Danish penggantinya. Pengganti yang aku harap bisa menyayangi aku seadanya aku. Tak sabar rasanya untuk meniti hari-hari yang mendatang bersama seseorang yang amat menyayangi aku.

Bersambung…..

No comments:

Post a Comment