Hiruk pikuk dan gelak tawa jiran sebelah menghilangkan sisi sunyi di rumahku. Dua lagi teman rumahku masih belum pulang. Kulihat jam didinding menunjukkan jam 4.30 petang. Gelas berisi sebuk milo aku halakan pada heater. Dengan deras, aku menekan punat untuk mengeluarkan air panas. Dengan secara tidak disengajakan, percikan air memeritkan kulitku. Hampir terhempas gelas dek kepanasan air dari heater itu. Hati aku terdetik. Seperit lecuran air panas ini tidak seperit beban didalam hati aku ini. …
“Sayang, saya terpaksa berbohong dengan awak. Awak terlalu baik untuk saya. Saya ini hanya banyak meyakitkan hati awak. Maafkan kesilapan saya ini awak..” Syakeer memegang erat tanganku. Suasana bayu di tepi pantai tidak setenang hati aku yang sedang bergelora. Titisan air mata berderai jatuh, membasahi setiap ruang diwajahku. Lidah aku kelu dek kebenaran yang telah terbongkar. Insan yang paling aku cintai rupanya curang dibelakangku. Apa aku kurang? Apa aku melakukan kesilapan? Atau aku tidak sesempurna dia yang berjaya memenangi hati Syakeer? Mungkin andaian ketiga aku itu benar. Aku tidak sesempurna Harith dimata Syakeer. Mungkin aku hanya membebankan dia. Sikap keanak-anakan aku mungkin merimaskan dia. Syakeer memilih Harith mungkin kerana sikapnya yang menyenangkan Syakeer. Walhal, aku tidak. Tanganku aku tarik dari genggaman nya. Perlahan aku hapuskan air mata di wajahku. Syakeer mengusap rambutnya tatkala aku melepaskan pegangan tangan nya. Wajahnya terpampar penyesalan. Namun seribu kekesalan tidak berarti lagi. Parut sudah terbentuk dihati. Apakah parut itu bisa diubati dengan penawar yang dipanggil CINTA? Mustahil bagiku. “ Saya rasa, perpisahan adalah jalan terbaik buat kita, Syaq. Saya tidak mahu menjadi penghalang hubungan awak dengan dia. Dia berhak happy bersama awak.” Ucap bibir aku yang sungguh berat untuk aku ungkapkan. Mata nya hanya memandang wajahku. Aku sudah tidak mampu melihat wajahnya lagi. Aku mengumpul kudrat bangun dari batu tempat kami duduk. Titisan air mata masih menemaniku. Namun, aku harus pergi. Ianya akan bertambah parah jika aku masih disisinya. Dengan perlahan, aku menarik keluar cincin dijari manisku. Cincin pemberiannya 11 bulan dulu apabila dia menjadi kekasih hatiku. Kini, cincin itu hanya sia-sia. Aku menarik tangan nya, dan memberikan cincin itu kepadanya. Aku lihat air matanya mengalir dipipinya dek dia menunduk wajahnya. Sayu hatiku. Namun inilah jalan terbaik untuk melihat seorang lelaki yang paling aku cintai hingga akhir nyawaku bahagia bersama insan pilihannya. Dengan tabah, aku memeluknya. “ Ini kali terakhir saya memeluk awak. Terima kasih awak, sebab pernah membahagiakan saya. Awaklah insan pertama yang saya cintai dan awak mempunyai posisi istimewa didalam hati saya sampai bila-bila. Doa saya sentiasa mengiringi awak, Syaq. Semoga awak selamat dan berbahagia. Lupakan saya….” Ucapan aku diakhir dengan kucupan dipipinya. Airmataku membasahi pipinya. Tak tertahan rasa hati ini melepaskannya dia pergi. Namun, ini langkah aku mengorbankan cintaku demi dia bahagia. Aku melepaskan pelukan aku. Aku segera bangun, namun tanganku ditarik. Dikucupnya tanganku dengan tangisan diwajahnya. Pertama kali aku melihatnya menangis. Dengan perlahan aku menarik kembali tanganku, lalu beredar. Terik mentari hilang tatkala jatuh dihujung senja. Begitulah jua hilangnya aku pada pandangannya.
Lamunan aku terhenti. Kudengar telefonku berdering. Aku mengusap airmata aku yang tiba-tiba mengalir, mengenangkan peristiwa itu. Aku berlari-lari anak kebilik sambil mengusap tangan ku yang sedikit melecur. Aku lihat satu nombor baru. Terdetik dihati aku, siapa pula yang menelefon aku ini. Mungkin kawan-kawanku yang bertukar nombor. Aku mengangkat panggilan itu. “ Assalamualaikum.. hai Qairil. Danish ni..” suara garau menyapa aku. Alangkah terkejut nya aku dengan panggilan itu. “ Wa’alaikumussalam. Ohh..awak ke? Ada ape ye?” soal aku dengan gugup padanya. “ Saja. Nak dengar suara awak.” Jawabnya dengan ringkas. “Haha..yela tu” aku tergelak dengan jawapan nya. Perbualan itu merupakan perbualan pertama aku dengan lelaki pelik itu. Suatu perbualan yang mesra, walaupun baru bertemu hari ini. “ Ok la awak, saya nak mandi dulu. Dalam setengah jam, saya jemput awak boleh? Kita pergi makan sama-sama. Saya belanja! Nak?” ajak nya padaku. Agak terkejut juga aku dengan ajakkan nya. “ Urmm..boleh jugak.lapar ni.!” Gelak aku padanya. “Ok! Set! Sat lagi saya datang. Bye..” dia mengakhirkan panggilan. Tersenyum aku dengan panggilan itu. Dalam benak fikiranku, baik juga Danish ni. Tidak sombong, malah kelakar pula.
“Nak pergi makan kat mana? Saya ikut je.” Soal Danish padaku. “ Urm..apa kata kita makan dekat Restoran Rembau. Nak makan masak cili padi lah!” ajakku padanya. Namun, lain pula reaksinya. Dia terus menyentap tanganku. Diusapnya tangan aku yang melecur terkena air panas tadi. “ Kenapa ni wak..merah melecur ni?” soalnya dengan risau. “Ehh..ni..terkena air panas time nak buat milo tadi. Terberangan lebih pulak.” Sorok sakit aku dihadapannya. “ Isshh..awak ni cuailah..” sambil mengusap tanganku. Lalu dia meniup tangan aku perlahan-lahan. Jantungku ibarat terhenti seketika. Reaksi nya membuatkan aku terkesima. Apakah ini suatu permulaan bagi suatu cinta baru sedangkan aku baru kehilangan lelaki yang paling aku sayang? Danish tidak ubah seperti Syakeer; sangat mengambil berat hal aku. Tambahan pula, Danish baru sahaja mengenaliku. Sebegini risaunya dia padaku. Degup jantungku sangat sukar diungkap. Apakah ini suatu permulaan cinta baru antara aku dan dia?....
Bersambung…
No comments:
Post a Comment