shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Thursday, June 9, 2011

CINTA UNGU (part 3)



Desir tempias hujan membasahi bumi. Suasana makin dingin, menghilangkan bahang mentari. Desiran hujan menyejuk kan seharian yang panas. Namun, apa titisan hujan ini mampu menyejukkan apa yang membara dihatiku? Panahan api yang entah bila akan terpadam. Apa aku boleh melupakan Syakeer dari hati aku? Segala persoalaan bermain di minda ku. Benar, dia lelaki yang paling aku cinta. Sudah banyak aku berkorban untuk Syakeer. Dia lelaki pertama yang menerima aku seadanya. Malah kami sangat bahagia ketika bersama. Entah apa kurangnya sehingga dia mampu menduakan aku untuk orang lain. Tak pernah aku bayangkan cinta aku berakhir begini. Hilang semua janji dan sayang. Terngiang ngiang ditelingaku saat kami bergurau ditelefon. Jarak cinta aku dan Syakeer tidak pernah membantutkan perasaan cinta dan sayang aku padanya. Tiap-tiap hari kami berhubung untuk mengetahui perkembangan masing-masing. Tapi, aku tidak sangka dia mampu menduakan aku tanpa aku sedari. Segala-galanya hancur dalam sekelip mata. Masih teringat ayatnya padaku, “Saya akan mengahwini awak kalau kita dibenarkan. Awak sangat sempurna dimata saya”. Itulah ayat Syakeer padaku. Itu juga yang menguatkan sayang aku padanya. Namun semuanya terkubur. Tatkala aku terbuka Facebook nya, semua nya terpapar jelas di Wallpost nya. Saat itu segalanya musnah. Segalanya bagaikan kepingan kaca yang berderai jatuh dari bingkainya. Apa semua itu dengan mudah untuk aku lupakan? Munafik lah aku jika aku mengaku bisa melupakannya. Walau sedalam mana hati aku terhiris, namun secubit dendam tiada untuk Syakeer. Sejak aku pergi ketika kami di tepi pantai tempoh hari, sehingga hari ini aku mengelak untuk berhubung dengannya. Cukup lah segala duka yang aku tempuh. Sudah aku usahakan untuk menyelamatkan cintaku sehingga aku sanggup dimadukan cintanya. Semua itu aku lakukan untuk masih kekal bersamanya. Namun semuanya adalah sia-sia. Keperitan aku tiada nilai dimatanya. Mungkin ini takdir ku oleh Tuhan. Tuhan sedang menguji aku atas segala dosa-dosa terlaknat yang aku lakukan. Aku cuma bisa redha dan mengharapkan ihsan dari Illahi untuk diberi kekuatan untuk menempuh segalanya. Sesungguhnya aku insan yang paling hina dimataNya.

Pemikiran aku terhenti. Aku lihat kereta Danish dihadapan rumah. Dengan bercermin mata hitam, berbaju polo merah dan berseluar pendek, dia melangkah masuk kerumahku. Ditangannya di jinjing plastik bungkusan makanan. Terfikir aku, mengapa tiba-tiba dia datang kerumahku? Aku dengan tergesa-gesa mengelap air mata aku yang jatuh dek mengenangkan kisah lampauku. “Assalamualaikum Qairil.” Sapa salamnya diluar rumah. Aku melangkah perlahan untuk kemuka pintu. “Waalaikumsalam. Oh, awak, tiba-tiba datang? Masuklah..” perlawa aku dengan lembut. “Saja nak jumpa awak. Ini saya bawakan pizza kegemaran awak. Saya turun ke bandar belikan ni khas buat awak..” hulurnya beg plastik itu kearahku. Merah padam wajahku dek kerana kebaikannya. “ Ya Allah.. Susah-susah je awak ni.” Balas aku padanya. Dia hanya tersenyum sambil menghelakan punggung nya untuk duduk. Matanya membelek setiap ruang di ruangtamu rumahku. Aku membuka bekalan lalu menyiapkan diatas meja makan. “ Marilah awak, kita makan sama-sama” perlawa aku dari meja makan. Dia bangun lalu meletakkan cermin matanya di atas bantal. “Saya belikan untuk awak, bukan untuk saya..” sambil mencubit pipiku. Bertambah merah lagi muka aku. Sudah lama aku tidak dilayan baik sebegini. Dia membantu mengisi air didalam jug. Senyumam sentiasa terukir diwajahnya. Terdetik dihatiku, beruntung sungguh siapa yang memiliki Danish. Baik hati, ikhlas, jujur dalam tindakannya, tidak berpura-pura, malah tampan lagi. Aku memandang kearahnya dengan tepat. Aku sibuk memikirkan hal itu sehingga tidak perasan dia sedang memandang kembali kearahku. “Awak tengok apa kat muka saya?” tegurnya yang sekaligus menyedarkan lamunanku. “Eh, tak ada apa-apa la…” tunduk mukaku malu. Alamak, malu sungguh aku kerana dia perasan aku sedang memandangnya. Apa pula fikinya nanti. Adoh.. “Ala, awak tengok muka saya yang hensem ni ye?” soalnya untuk mengujiku. Bertambah malu aku dengan soalannya. “Eleh, perasan betul!” ucapku untuk menutup malu. Dia hanya tertawa kecil. Pasti ianya kelakar. Aku menghulurkan pinggan. “ Lupa pulak saya. Housemate awak tak balik lagi ke?” soalnya padaku. “ Belum lagi. Diaorang selalu balik petang.” Jawabku pada soalannya. Lantas tangannya memegang tanganku. Matanya tepat kearahku. “Awak, kita masuk minggu ketiga kita kenal, tapi saya rasa sangat rapat dengan awak. Awak cukup memahami perangai saya, kekurangan saya, siapa diri saya. Satu soalan saya, sudah awak bersedia untuk saya? Boleh saya menjadi penganti kepada Syakeer?” panahan soalan itu membuat aku tergamam. Inilah soalan yang aku risau akan terpancul dari mulutnya. Aku tidak mahu dia mengharap kepada hatiku yang masih milik Syakeer. Aku tidak mahu menipu hatinya. Jujur aku akui, aku mula menyukainya. Dia seorang yang memahami, mengambil berat tentang diriku, terlalu memikirkanku. Namun 3 minggu perkenalan suatu tempoh yang cepat untuk mengantikan posisi Syakeer di hatiku. Syakeer sudah lama bertahta dihatiku. Segala pengorbanan dan susah payah aku tempuhi bersama. Bukan senang untuk aku membuang kedudukan Syakeer. Tapi aku tidak mahu melukakan hati Danish jika aku menerimanya dan berpura-pura menyayanginya sepenuh hati walhal masih ada kehadiran Syakeer di sanubari. Aku menarik tanganku perlahan-lahan. “Awak, saya mula sayang awak. Tapi terlalu cepat untuk kita masuk dalam keputusan tu. Saya nak yang terbaik untuk kita berdua..” jawab aku padanya. Serata itu, dia menundukkan wajahnya. Aku tahu kekecewaannya sangat dalam. Dia terlalu mengharap pada cintaku yang tidak pasti. Malah aku rasa berdosa kerana membiarkan dia mengharap. Terlintas didalam hati ini, mengapa perlu dia menunggu aku sedangkan dia mampu dapat orang yang lebih sempurna berbanding diriku? Dia mempunyai rupa, baik budi bicara, pasti ramai yang mendambakannya.

Disudut ruang, aku duduk menangisi apa yang aku terpaksa tempuhi dalam tempoh terdekat ini. Petang tadi aku telah mengecewakan Danish dengan menolak hatinya. Apa aku terlalu bodoh, masih menunggu kepada manusia yang langsung tidak pernah menghargai aku? Mengharap pada suatu yang bukan menjadi milik aku lagi? Danish..maafkan saya…saya tak mahu awak kecewa seperti saya. Dikecewakan oleh orang tersayang setelah pelbagai perkara kita tempuh bersama. Awak lelaki yang paling baik yang pernah saya kenal. Tiada kekurangan dimata saya. Oleh kerana kesempurnaan itu, saya tidak sanggup menyakiti awak. Saya hendak awak berbahagia, bukan menderita kerana cinta. Terlalu sakit dengan apa yang saya tempuh. Dan saya tak akan izinkan awak merasai kesakitan itu. Titisan airmata terus membasahi pipi. Sekali sekali terjatuh diatas telefonku. Ketukan pintu bilikku oleh rakan rumahku menyedarkan lamunanku. “Weyh, ada orang nak jumpa ko. Aku bagi dia masuk terus la!” jawab Iman, teman baikku, juga rakan serumahku. Namun belum sempat aku membantah, orang yang dimaksudkan terus masuk keruang bilikku. “Awak, tolong hentikan tangisan awak. Setiap titisan airmata awak melukakan perasaan saya..” jawab Danish sambil melangkah masuk. Pintu bilikku ditutup perlahan-lahan. Iman turut bersedih dengan apa yang berlaku keatas diriku. Namun dia amat memahami kondisiku. Langkahnya mula terhenti apabila dia tiba disisi katilku. Aku hanya mampu menundukkan wajahku yang sembab. Dengan perlahan, aku merasakan dia duduk menghampiriku. Dipeluknya aku dengan erat. “ Saya tak kisah jika terpaksa menunggu seribu tahun sekalipun. Asalkan saya boleh menemani dan membahagiakan awak. Jangan paksa diri untuk saya. Saya akan setia disisi awak. Sebab apa? Sebab saya terlalu menyayangi awak.” Bisiknya dengan perlahan ditelingaku. “so, please. Hentikan tangisan awak. Saya akan lebih terluka dengan setiap titisan air mata awak yang jatuh..” sambil memeluk aku dengan lebih erat. Aku mengangkat wajahku lalu melepaskan diri dari pelukannya. Aku lihat matanya berair. Bukan ini yang aku ingin lihat dari wajahnya. Dengan deras, aku memeluk nya. Titisan airmata ku jatuh kebahunya. Danish seorang lelaki yang paling baik yang pernah aku jumpa. Diusapnya rambutku dengan perlahan untuk meredakan aku. “ Saya menyintai awak sepenuh hati saya. Saya takkan biarkan awak menangis lagi…” bisik nya kearahku. Dengan perlahan dia mengucup pipiku. Itulah saat yang paling mengharukan dalam hidupku. Benar, cinta itu memang sukar diduga. Mungkin aku harus memulakan sesuatu yang baru dengan keputusan yang terbesar dalam hidupku. Mungkin tiba saat aku melepaskan apa yang aku genggam.

Bersambung….. 

No comments:

Post a Comment