shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Wednesday, June 15, 2011

CINTA UNGU (part 5)



Perjalanan hidup bagai suatu timeline yang tiada penghujungnya. Setiap hari bagai dejavu yang melengkapi seharian. Bagiku, dejavu terindah apabila bersama dengan insan yang menyayangi aku sepenuh hatinya. Mencintaiku bagaikan akulah nyawanya. Disisinya, aku tenang memandang wajahnya. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik yang aku ambil dengan menerima Danish dihatiku. Aku tidak mahu kekecewaan aku bersama Syakeer berulang lagi. Walaupun luka sudah tidak berdarah, namun parutnya kekal selamanya. Namun, aku yakin, Danish berbeza. Andai suatu hari kami tidak bersama, yang memisahkan itu cuma takdir. Bukan campur tangan orang kedua. Aku lihat ke luar jendela kereta. Akhirnya tamat juga pengajian aku hari ini. Hari ini merupakan peperiksaan terakhir aku. Dengan izinNya, mungkin aku akan memiliki ijazahku dengan sempurna. Begitu juga dengan Danish. Namun, kertas peperiksaannya sudah tamat tiga hari lepas. Tapi mestilah, dia akan menunggu aku sehingga aku tamat peperiksaan. Kami bercadang untuk berehat sebentar di Pulau Pangkor sebelum pulang kerumah masing-masing. Danish ada menjemputku kerumah untuk berjumpa keluarganya. Mungkin selepas percutian di Pulau Pangkor, aku akan mengikut kehendaknya. “Sayang, beg awak saya dah bawa siap-siap. Kita terus pergi je la ye?” soalnya padaku. Aku cuma tersenyum. “Amboi, awalnya. Berapa hari kita nak holiday?” aku bertanya. “ 3 hari kan? Alah, jangan risau. Saya dah prepare semuanya. Awak just enjoy je. Saya nak luangkan masa-masa bahagia ni dengan orang yang paling saya sayang ni..” sambil memicit pipiku. Merah padam mukaku apabila Danish berkata seperti itu. Tidak pernah aku dilayan sebaik begini. Dari hari pertama aku mengenalinya sehingga ke saat ini, Danish masih melayan aku sama tanpa ada kurangnya. Bahkan, dia makin menyayangi dan mengambil berat dalam setiap inci seharianku. Hatiku bagai terpalit dengan reaksi Danish. Hanya senyuman yang mampu terukir tatkala mempunyai seorang lelaki yang menyayangi kekasihnya lebih dari apa yang dimilikinya.

Mentari melabuhkan cahayanya diufuk barat. Suasana yang begitu indah ciptaan Tuhan tiada tolok bandingnya. Desiran pantai menyegarkan halwa telinga. Kanak-kanak berlari-lari ditepian pantai. Suasana ini menenangkan jiwaku. “ Awak, kenapa termenung? Tak best ye keluar dengan saya?” duga Danish sambil berpura-pura sedih. Tersentak lamunanku dek terpukau dengan keindahan suasana pantai. “Ehh, mana ada. Saya seronok tengok suasana indah tepi pantai ni. Awak, setiap saat saya bersama awak adalah saat yang paling best dalam hidup saya.” Ucapku sambil memegang tangannya. Danish tersenyum lebar. Mungkin berbunga dihatinya apabila aku ungkapkan frasa itu padanya. Sesungguhnya, akulah insan yang beruntung memiliki Danish. Apa yang aku mampu, akan aku lakukan jua, asalkan dia berasa bahagia disisiku. Dialah yang terindah didalam hidupku saat ini. “Ok lah awak, saya nak tunjuk bilik kita. Special saya booked untuk awak” pujuknya sambil menarik tanganku. Aku bangun dari kerusi sambil mencapai telefon bimbitku. Di hadapanku, sebuah van hotel sedang menunggu. Agak kehairanan aku. Katanya, kami hanya akan bermalam di chalet, tapi ini hotel bertaraf pula. Namun aku hanya mengikut langkahnya. Percutian kali ini ditanggung sepenuhnya oleh Danish setelah dia tidak mengizinkan aku untuk turut berkongsi bajet dengannya. Katanya, tak salah berbelanja untuk dibandingkan dengan cinta yang terindah dihatinya. Aku hanya mengikut apa yang dirancangnya. Kakiku melangkah masuk kedalam van. Danish hanya mengukir senyuman. Seolah-olah ada sesuatu yang disoroknya.

Pandangan aku terhenti apabila tiba dihotel itu. Swiss-Garden Golf Resort megah dihadapanku. Hati aku tertanya-tanya, mana mungkin dia mahu menghabiskan wangnya untuk bersamaku di hotel mewah sebegini. Aku tahu kedudukannya sebagai pelajar. Kekangan kewangan selalu dihadapi oleh pelajar. Namun, untuk bermalam disini membuatkan aku tertanya-tanya. Danish langsung berbisik kepada hotel-boy. Entah apa yang dibisiknya. Hotel-boy itu hanya mengangguk lalu membawa bagasi kami. Dia berjalan perlahan kearahku. Seperti biasa senyuman manisnya sentiasa terukir untukku. “Awak, saya ada request. Boleh?” ujarnya padaku. Bertambah kehairanan aku dengan tindakan nya. “Request apa?” soalku padanya. “Boleh awak tutup mata awak sampai ke bilik? Kalau awak buka, awak tak sayang kat saya. Boleh?” dia merapakatkan tubuhnya. Aku hanya mampu diam. Ikutkan hatiku, tak mahu lah. Macam pasangan baru bernikah pula. Namun, tak salah kalau aku mengikut kehendaknya. Mungkin ini yang boleh membahagiakannya. “Yela-yela…ada-ada je awak ni la..” akur aku pada rayuannya. Aku menutup mataku. Imej yang ada cuma ruangan gelap. Aku hanya bisa mendengar pergerakkan disekelilingku. Tangan aku ditarik. Aku menjaga langkahku agar tidak terjatuh. Mana tidaknya. Mataku gelap secara total. Langkah aku atur rapi. Sesekali aku terfikir, apalah kejutannya kali ini buatku. Danish memang suka melakukan kejutan. Sejak dari permulaan perkenalan sehingga hari ini, banyak kejutannya buatku. Aku teringat apabila telefon bimbitku rosak. Pada malam itu, dia datang kerumahku.  Hampir pukul 1 pagi. Aku keluar perlahan-lahan, khuatir didengari rakan serumahku. Pasti aku akan diketawakan nanti. Katanya ada perkara penting yang dia ingin cakapkan. Alangkah terkejutnya aku. Rupa-rupanya, dia menghadiahkan aku telefon baru sebagai pengganti telefonku yang rosak. Dia seorang lelaki yang sempurna. Mempunyai perasaan dan sensitif pada keadaan. Jarang untuk kita ketemu lelaki yang sensitif pada keadaan sekelilingnya. Namun, Danish sangat berbeza. Sebab itu jualah, hati aku terpaut padanya. Fikiran aku terhenti. Langkahku diberhentikan. “Ok awak, kita dah sampai. Awak boleh buka mata sekarang..”suara Danish berbisik. Dengan perlahan aku membuka kelopak mataku. Sinar cahaya memeritkan mataku. Mungkin lama menutup mata tanpa cahaya yang menembus kornea mataku. Aku lihat pintu bilik hotel bernombor 452 dihadapanku. Danish membuka pintu bilik dengan kunci ditangannya. Mataku terpaku tatkala pintu bilik dibuka. Bilik yang sangat indah, seperti sang permaisuri menunggu rajanya di kamar di atas puncak istana. Taburan kelopak mawar menata rias ruang bilik. Aku tak mampu berkata-kata. Aku terpegun dengan dekorasi yang indah. “Saya tempah bilik bulan madu. Special untuk kita..” kata Danish sambil menarik tanganku masuk. Langkah aku seolah terpukau dengan kata-kata Danish itu. Pintu bilik tertutup.

Sinar mentari pagi menyegarkan hari. Mataku dibuka dengan perlahan. Suasana hening awal pagi mengejutkan aku. Disisiku, Danish memeluk erat tubuh dari belakangku. Kacak juga dia dalam keadaan serabut awal pagi begini. Aku melepaskan pelukannya sambil  memusing kedudukan ku menghadapnya. Sungguh lena Danish tidur. Mungkin penat membuat kejutan. Apa yang berlaku malam semalam sukar digambarkan. Sesuatu yang indah yang pernah terjadi didalam hidupku. Akhirnya, aku serahkan segalanya demi satu alasan, CINTA. Pengorbanan yang aku buat untuk membuktikan aku serius dengannya. Rambutnya aku usap dengan perlahan. Sesekali, teringat kembali saat aku bersama Syakeer suatu masa dulu. Saat yang membahagiakan itu terulang kembali. Tapi kali ini bersama lelaki yang jauh lebih baik dari Syakeer. Aku merapatkan tubuhku padanya. Mataku bertentang mata nya. Tanganku mengenggam tangannya. Dengan perlahan matanya terbuka. Senyuman pertama terukir buatku. Dia melepaskan genggaman lalu memelukku erat. Kami berkucupan diatas katil itu. Sesuatu yang tidak aku pernah jangka telah terjadi. Benar, Danish lah jiwaku kini.

B, saya nak keluar jap boleh? Nak beli some drinks. Boleh?” Tanya aku pada Danish yang masih baring dikatil. “Urmm, boleh, tapi jangan lama-lama ok. Kesian saya sorang-sorang kat bilik ni..” jawab manjanya. Aku hanya ketawa sambil menjelirkan lidah padanya. Aku ingin lihat keindahan suasana resort yang cantik ini. Semalam aku terlepas untuk menikmatinya. Dekorasi nya yang moden namun mengekalkan ciri estetika timur menjadi daya tarikan. Sesekali perlancong asing lalu disebelahku. Memang resort ini menjadi pilihan pelancong luar dek kerana keindahan dekornya. Aku berjalan sambil menilik telefonku. Sepanjang malam telefonku ditutup. Banyak juga mesej dan panggilan yang masuk. Tiba-tiba aku terlanggar dengan seseorang. Dek kerana terlalu leka menilik telefon, aku tidak perasan ada orang dilaluanku. Telefonku terjatuh bersama akhbar milik orang itu. Aku mengambil telefonku sambil mengucapkan maaf padanya. Namun, diriku ibarat disentap. Jantungku bergetar pantas. Alangkah terperanjat aku melihat insan yang aku tidak ingin bertemu dihadapanku. Syakeer, berada di resort yang sama. Matanya tepat kearahku. Tubuhku bagai dipaku. Aku tidak dapat melarikan diri lagi. Setalah berbulan aku berusaha melupakannya, namun kini dia dihadapanku. Rapat dengan tubuhku. Aku harus melangkah pergi. Aku tidak harus bertemu dengannya. Parut ini pasti akan berdarah lagi jika aku terus dihadapannya. Melihat insan yang pertama menakluk hati pergi bersama orang lain adalah sesuatu yang sangat besar untuk aku terima. Namun aku telah melupakannya. Kini aku bersama Danish, di kamar atas. Aku harus pulang pada Danish. Aku membangunkan tubuhku dengan deras. Aku harus lari darinya. Aku capai telefonku lalu segera bangun. Namun niatku terhenti. Tanganku disentap olehnya. Genggaman erat membantutkan langkahku. “Awak…kenapa awak lari dari saya? Awak masih berdendam dengan saya?” suara deras dibelakangku. Sebak hati tidak dijemput singgah dihati. Jernih airmataku terasa di mata. Ini yang aku takutkan. Aku tidak mahu lagi bersedih kerananya. Aku sudah merelakan pemergiannya dari cintaku. Namun kini, tangannya mengenggam tanganku. Genggaman yang aku sangat rindukan. “Please awak, beri saya sedikit masa untuk bercakap dengan awak??” Syakeer menarik tanganku kebelakang. Derai airmata tak dapat tertahan lagi. Seolah aku mahu terjun melarikan diri darinya. Apakah yang harus aku lakukan? Luluh hati ini. Mengapa dia harus aku ketemu di saat-saat bahagia aku bersama Danish??


Bersambung….

No comments:

Post a Comment