shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Friday, July 8, 2011

CINTA UNGU (part 7)



Perjalanan ditemani panorama yang indah. Suasana hening pagi menyegarkan suasana. Aku bersama Danish dalam perjalanan pulang dari kampung Danish di Teluk Intan. Walaupun itu adalah kampung neneknya, namun suasana kampung yang mendamaikan menenangkan setiap jiwa yang merasainya. Mama Danish seorang yang  sangat mesra. Mungkin disebabkan Danish yang memiliki sedikit bilangan adik beradik, menyebabkan Aunty Sophia terlalu mesra denganku. Walaupun mustahil untuk dia tahu hubungan aku dan Danish, tetapi aku mula menyayangi Aunty Sophia. Dia melayan aku tidak ubah seperti anaknya sendiri. Kadang-kadang, aku tidak terasa seperti orang luar. Malah mamanya mengajak aku sekali untuk keluar bersama satu hari nanti. Mungkin sikap aku yang agak mesra dengan orang menyebabkan dia begitu rapat denganku. Sempat juga Danish berbisik nakal menyatakan bahawa bakal mak mertua sudah menyukai menantunya. Kelakar dengan kata-kata Danish itu. Alangkah bahagianya jika itu semua menjadi kenyataan. Tapi, itu semua mustahil. Aku terseyum sendirian dalam perjalanan pulang. Tangan Danish tidak lenkang memegang tanganku. Tak aku sangka, dia lelaki yang paling aku cinta. Tidak sia-sia aku menerimanya dalam hidupku. Melepaskan diri daripada cinta yang tidak berkesampaian bersama Syakeer. Kini, Danish milikku. Hati aku tersentuh tatkala Danish sempat memberitahu aku sesuatu semasa aku berada dikampungnya.
Sayang, saya sangat sayangkan awak. Dan saya tahu juga pasal Syaq. Dia ada mesej saya di FB. Meminta izin saya untuk menjadi kawan awak. Jangan risau, saya relakan. Sebab saya tahu saya sudah punya hati awak. Saya takkan halang persahabatan awak dan dia. Jangan risau, ok?” pesan Danish semasa kami di tali air. Airmata aku mengalir. Aku tahu dia amat menyayangi aku. Aku hanya menggenggam tangan nya pada saat itu. Aku bersyukur kerana dia amat memahami aku. Menerima aku dan orang-orang di sekelilingku. Sehinggakan bekas kekasih aku pun sanggup dia terima. Dia seorang lelaki yang tulus menyintai aku. Bukan atas dasar nafsu, tetapi hati. Aku tahu, mustahil aku akan menjadi peneman sisinya sehingga akhir nyawa aku. Tapi cukup aku membahagiakan dia selagi aku masih bersama. Aku memandangnya. Dia tak henti-henti menyanyi sembil memandu. Sesekali dia mengucup tanganku. Aku bahagia kini. Tidak ada apa yang aku patut risaukan. Kini aku punya lelaki yang takkan henti menyayangi aku. “Sayang, nak singgah mana-mana ke? Atau awak nak terus balik?” soalnya padaku. “Urmm..kita balik terus la. Sampai Ipoh baru kita lunch. Nak?” balas aku padanya. “Ok sayang!” jawabnya sambil mengucup tanganku. Tak aku pernah bayangkan aku bisa merasa bahagia seperti ini. Dicintai sepenuh hati oleh seorang lelaki.

Pada hakikatnya,aku dan Danish adalah dua insan yang sangat berbeza. Danish seorang lelaki yang biasa, minat pada bola sepak, drifting kereta, lepak di mamak berjam-jam lamanya sambil menonton EPL, bukan metroseksual, kuat merokok, obsess pada pengubahsuaian kereta. Berbeza dengan aku, seorang lelaki metroseksual, gemar mengikut perkembangan fesyen, gemar pada muzik korea, tidak minat pada bola, benci pada perokok, suka belibur di MCD, gemar berchatting. Kami dua insan yang sangat berbeza. Namun, entah kenapa, setelah hampir setahun kami bersama, kami boleh menerima antara satu sama lain. Aku boleh menemaninya menonton EPL dan dia boleh melayan aku mendengar muzik Korea terbaru. Mungkin ada magis dalam hubungan kami. Entahlah..mungkin itu kelebihan kami.

Setahun Setengah Kemudian

Fail-fail tersusun diatas meja. Banyak sungguh kerja aku. Namun semua keletihan itu terhapus dek memikirkan kebahagiaan aku dan Danish. Dalam dua minggu lagi, kami akan meraikan ulangtahun ketiga hubungan kami. Tak aku sangka sudah tiga tahun kami bersama. Walaupun tugas kami berbeza kawasan, tapi itu tak pernah menghalangi hubungan kami. Bahkan itu menguatkan lagi ikatan kami. Kami saling merindui. Hanya dapat berhubung melalui telefon dan webcam. Namun itu sudah cukup membahagiakan. Namun, beberapa minggu lepas, Danish ada memberitahu aku yang dia sedang memohon pertukaran kawasan ke Shah Alam. Jadi, aku dan dia boleh tinggal bersama. Aku sudah membeli sebuah rumah di Damansara. Walaupun tidak semewah mana, tapi sebagai pengurus pembangunan pelaburan wilayah CIMB, cukup untuk aku menampung keluarga dan diriku. Danish kini bertugas sebagai jurukur bahan di Nilai. Namun, setiap hujung minggu, Danish akan memandu ke Damansara untuk menghabiskan masanya semata-mata untuk bersamaku. Teringat kata-katanya “Jarak ini cuma dugaan yang sebesar pasir. Jika ada dugaan yang lebih besar sekalipun, ia takkan mengugat teguh cinta saya pada awak..”. sesuatu yang amat bernilai dalam hatiku. Aku memandang gambar aku dan Danish semasa dia membawaku ke Seoul awal tahun ini. Kenangan indah melingkari setiap hari-hari kami. Yang paling menarik, dia tak pernah cemburu walaupun sekali. Walaupun jarak kami agak jauh, tapi keyakinan dia terhadap aku cukup besar. Dia percaya yang cinta aku hanya miliknya. Dan aku membuktikan itu.

Lamunan aku tersentak. Telefon aku berdering. Aku lihat satu nombor yang aku tak kenali. Aku menerima panggilan dengan tertanya-tanya. Siapa pula pemanggilnya. “Hello Qairil. Assalamualaikum..” getar suaranya cukup aku kenali. “Wa’alaikumsalam Syaq. Nombor mana pula ni?” aku memerlinya. “Alah awak ni. Biasalah saya. Awak sibuk ke ni?” Tanya Syakeer padaku. “Tak lah sangat. Cuma ada meeting pukul 2 nanti.” Jawab aku sambil menutup fail biru dihadapanku. “Haa..ada apa awak telefon saya tengahari ni?” Tanya aku padanya. “Sajalah nak tanya khabar awak. Lama kita tak berbual. Dekat dua minggu lebih. Awak sihat?” tanya Syakeer padaku. “Saya sihat je awak. Awak pula? Macam mana kerja baru? Semua baik?” aku menanyakan padanya. Sejak Syakeer diberi kebenaran untuk berkawan dengan aku, dia sering menelefon dan bertanya khabar. Sesekali kami berkongsi cerita, suka duka. Walaupun sayang itu sudah tiada, tapi nilai sebagai teman itu masih utuh. Malahkan Syakeer antara teman aku yang paling mengenali siapa aku. Walaupun hubungannya bersama temannya sudah berakhir lewat tahun lepas, namun tak terlintas untuk aku kembali padanya. Ada juga sesekali dia memberi isyarat untuk bersama aku kembali, namun tidak aku ambil itu sebagai perkara yang penting. Danish pemilik hati aku kini, tiada apa yang boleh meraguinya. Syakeer cuma sejarah lama. Kini dia cuma teman baikku. Itu suatu hakikat yang pasti. “Urmm, awak, hujung minggu ni saya ada hal dekat KL, so ingat boleh lepak dengan awak sekejap.” Tanya Syakeer padaku. Agak terkejut juga aku dengan perlawaannya. Namun aku mengaggap itu suatu ajakan teman biasa. Aku bersetuju untuk berjumpa dengannya. Panggilan aku matikan. Aku lihat diluar jendela, langit agak muram, walaupun baru jam 12.30 tengahari. Mungkin petang ini hari akan hujan. Sekurang-kurangnya kehangatan bandar metropolitan Kuala Lumpur dapat disejukkan dek kerana bahana kesibukan hariannya. Aku meneruskan kerja dan bersedia untuk perjumpaan pada jam dua nanti.

Kereta aku pakir ditepi jalan. Aku menurunkan cermin kereta sambil melihat kedalam Starbuck CafĂ© di hadapanku. Aku perhatikan Syakeer sedang membaca surat khabar sambil menikmati kopi di atas mejanya. Berkemeja biru dan berjeans hitam, Syakeer tekun menilik akhbar dihadapannya. Aku melangkah keluar dari kereta. Aku membetulkan cermin mata hitamku. Suasana panas amat memeritkan. Dengan berhati-hati, aku melintas jalan. Langkah aku teratur kearah mejanya. “Assalamuaikum…” sapa aku padanya. Dia agak terperanjat dengan salam yang aku lemparkan. “Laa..awak..wa’alaikumussalam” jawabnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dengan mesra. Aku meghelakan pinggul lalu duduk dikerusi bersebelahan dengannya. Senyumannya masih sama sejak kali pertama aku bertemu dengannya lima tahun lalu. Kami berbual bagaikan tidak sedar orang disekeliling kami. Manakan tidak, hampir dua tahun kami tidak bersua. Hanya menerusi telefon, kami berbual. Sesekali dia bertanyakan kondisi Danish padaku. Aku menjawab dengan selamba. Aku menganggap aku sedang berbual dengan seorang kawan, bukan bekas kekasih. Aku bergelak deras dengan sembang lucunya. “adoh..kalau hari-hari sembang dengan awak ni, boleh pecah isi perut saya. Ni awak nak pergi mana pula?” soalku sambil menenangkan diri setelah bergelak besar. “Saya ada kenduri kahwin kawan lama saya dekat Ampang. Maybe malam ni stay dekat hotel dulu kot..” jawabnya sambil meneguk kopinya. Dengan spontan, “ kalau macam tu, awak stay je lah rumah saya. Tak payah spent budget sewa hotel” ajak aku padanya. Entah kenapa aku boleh mempelawanya. “Betul ke ni awak? Menyusahkan awak pula..” jawabnya sambil tersenyum. Aku sudah terlepas kata. “Boleh je. Tak ada susah pun la..” jawab aku kembali. Kami beredar. Terfikir juga aku, adakah Danish bersetuju dengan perlawaan aku pada Syakeer. Aku harus bertanyakan padanya.

Dua gelas kopi aku bawa keruang tamu. Syakeer bersinglet hitam berseluar merah sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Danish sudah memberi keizinan kepadaku untuk menumpangkan Syakeer di rumah. Malah dia senang dengan tindakan aku. Sesungguhnya Danish adalah teman lelakiku yang paling memahami dan tidak mengongkong kehidupanku. Sebab itu sehingga kini, kebahagiaan kami tidak pernah luntur walaupun sedikit. Malahkan cinta antara kami bagaikan tidak dapat dipisahkan. Kepercayaannya padaku cukup besar. Seperti kepercayaanku padanya juga. “Nah, jemput la minum..” aku meletakkan segelas kopi dihadapannya. Aku menghela pinggul duduk di sofa. Permandangan indah kotaraya dapat dilihat dari balkoni rumahku. Desir angin malam sesekali menyejukkan suasana. “Susah-susah je lah awak ni.” Sambil merapatkan posisinya kearahku. Aku hanya tersenyum. “Malam ni jangan tidur lewat. Esok awak tu ada wedding yang kena attend.” Perli aku padanya. Kami tergelak. Suasana sepi malam pecah dek riuk pikuk gelak tawa kami. Sesekali muncul cerita kelakar semasa kami bersama suatu ketika dahulu. Tanpa disedari, jam menunjukkan jam 1.15 pagi. Tidak aku sedari, hampir 3 jam kami berborak. “Ya Allah, awak, dah pukul satu lebih. Lama betul kita borak.” Kataku padanya. Dia tersenyum lalu bingkas duduk disebelahku. “Awak, inilah yang saya rindukan. Gelak tawa bersama awak. Melihat senyuman di wajah awak. Semuanya menyejukkan hati saya. Awak berbeza dengan dia. Sebab tu saya dan dia tak boleh terus bersama.” Katanya sambil memegang tanganku. Debar hati aku berubah. “Sudah la Syaq. Benda yang lama jangan kita kenang. Awak pun dah putus dengan dia. Awak mesti move on. Lupakan lah benda yang lepas..” jawab aku padanya. Matanya tepat memandang kearahku. Dengan spontan, dia menghampiri wajahku lalu mengucup bibirku. Hati aku bagaikan tertusuk lembing. Seluruh nadi bagaikan terhenti. Aku kelu tanpa bicara. 5 tahun telah aku lupakan kucupannya, namun malam ini ianya terjadi kembali. Aku bagaikan dipaku. Mata aku kututup rapat. Degup hatiku bertambah kencang. Manakan tidaknya, insan yang paling aku cintai suatu ketika dahulu mengucup bibirku kembali. Semuanya gelap bagaikan terperangkap di sebuah gua yang sangat kelam…..

Bersambung….   

2 comments: