shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Monday, August 29, 2011

CINTA UNGU (part 8)



Cahaya mentari pagi mengejutkan anak adam diwaktu pagi. Keheningan mentari itu mengejutkan aku. Kelopak mataku aku buka dengan perlahan-lahan. Malang tinggal ditengah ibu kota, kicauan burung di awal pagi tidak dapat aku didengari. Aku melihat di kelilingku. Aku rupanya berada di dalam bilik tidurku. Namun, aku terasa bagai dipeluk oleh seseorang dari belakang. Aku lihat sepasang tangan sedang memelukku. Aku melepaskan pelukan itu perlahan-lahan. Aku memusingkan badanku. Alangkah terkejutnya aku! Syakeer sedang lena tidur disebelahku. Aku membangunkan badanku perlahan-lahan. Namun, ketakutan aku terhenti dek kerana aku masih berpakaian lengkap. Pasti aku tidak melakukan apa-apa yang melampaui batas antara aku dan Syakeer sebagai hubungan sepasang teman rapat. Namun Syakeer yang hanya berseluar pendek mengaut kembali kenangan aku bersamanya. Masih terbayang di fikiran aku saat-saat aku bersamanya. Walaupun perkara itu sudah berlalu selama 7 tahun, namun kenangan yang terindah itu tak akan luput difikiran aku. Aku memandang redup kewajahnya. Lama sudah aku tidak serapat sebegini dengan seseorang yang pernah membahagiakan aku seuatu masa dulu. Mungkin kerana kenaifan aku diwaktu remaja, aku gagal untuk berbahagia bersamanya. Syukurlah aku kini ditemani oleh seorang lelaki yang benar-benar mencintai aku seadanya aku. Tidak sabar rasanya Danish akan berpindah kerumah aku.

Namun lamunan aku tersentak. Syakeer terjaga dari tidurnya. “Selamat pagi awak…” sapanya padaku sambil memegang tanganku. “Selamat pagi. Lenanya awak tidur.” Jawab aku padanya. Syakeer tersenyum sembil menggosokkan matanya. Dengan perlahan, dia bingkas bangun. “Terima kasih awak pasal semalam. Maaf juga sebab apa yang saya buat tu mungkin agak keterlaluan. Namun apa yang lahir semalam bukan dirancang. Entah kenapa saya boleh buat benda tu awak..” Syakeer memegang erat tanganku. “Sudah la awak. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya mengaku, saya pun rindu pada awak. Mungkin sebab itu saya rela dengan apa yang jadi semalam..” aku menundukkan wajahku. Malu juga rasanya dengan apa yang terjadi. Walaupun tidak perkara yang keterlaluan yang terjadi, namun perasaan malu itu masih mengelilingi fikiran aku kerana aku sudah berpunya, seharusnya aku tidak melakukan apa yang terjadi semalam. “Qairil, apa yang terjadi semalam datang dari hati saya. Entah kenapa, saya rasa lain dengan awak. Saya mengaku, saya masih sayangkan awak. Atau mungkin lebih, saya mula kembali mencintai awak. Tapi, saya….” Aku menutup mulutnya dengan tanganku perlahan-lahan. Aku tak sanggup untuk mendengarnya. Titisan air mata tiba-tiba jatuh. Aku lemah untuk mendengar kata-kata cinta dari mulut lelaki yang pertama aku cintai. Cukuplah kesakitan lepas masih belum leput dari ingatanku. Luka itu masih kekal didalam hatiku. Walaupun aku kini milik Danish, namun aku masih gagal untuk melupakan apa yang terjadi antara aku dan Syakeer. Jujur, sayang aku masih ada, walaupun seribu kali aku menafikannya. “Awak, cukup! Jangan awak teruskan. Kita sama-sama sudah menempuh  bertahun sebagai kawan rapat. Jangan kita rosakkannya..” jawab aku sambil mengesat air mata yang mula berair. “Saya tak rosakkan apa-apa. Malah, saya nak bagi yang terbaik untuk awak. Saya yakin, awak masih mencintai saya, sama seperti dulu. Begitu juga saya. Kenapa kita tak boleh teruskan sesuatu yang terindah buat kita?” genggamannya makin erat. Aku mengelak dari pandangannya. Pandangan yang amat aku rindu. Aku mengesat airmata yang makin banyak mengalir. “Awak nak tau kenapa kita tak boleh teruskan? DANISH!” jawapan yang aku berikan melemahkan genggamannya. Syakeer tertunduk akur. Dia sedar, aku milik seseorang. Seseorang yang lebih layak mencintaiku.

Pelukkannya menghangatkan badanku. Aku bersandar ditepi pintu. Melihat Syakeer lengkap berpakaian biru, mengikut tema perkahwinan temannya. “Terima kasih awak, sebab bagi saya tumpang tidur dekat rumah awak ni. And, pasal pagi tadi, saya minta maaf. Awak maafkan saya ye?” sambil memegang jemariku. “Dah la Syaq, kita lupakan ok? Saya sayang awak, sama saya sayang persahabatan kita. Awak baik2 memandu ok?” senyum aku padanya. Syakeer tersenyum malu. Dia merapatkan badannya kearahku. Lalu dikucup pipiku. Alangkah terkejutnya aku dengan tindakannya. Simpul malu aku dibuatnya. Syakeer memang seorang yang romantis. Kerana itulah, aku masih gagal untuk melupakannya. “Selamat tinggal awak, assalamualaikum..” senyumnya sambil melepaskan tanganku. “Wa’alakumsalam..” jawab aku sambil melambai kearahnya. Saat-saat seperti inilah yang mengimbas kembalii kenanganku bersamanya. Segala kenagan manis dan pahit antara kami, memberi rencah dalam hubungan kami yang bermula dari sepasang kekasih sehingga kini, sebagai teman rapat. Walaupun aku dan Syakeer tinggal begitu jauh, namun sehingga saat ini, kami masih rapat. Berkongsi masalah suka dan duka. Canda dan ketawa. Lamunan ku tersentak. Telefon bimbitkku berdering. Aku bergegas mengambil telefon aku di ruang tamu. Terujanya aku melihat nama Danish muncul pada skrin telefon. “Hai sayang..” jawab aku padanya dengan manja. “Betul awak sayang saya?” jawapannya yang sinis. Aku terkejut dengan jawapannya. “Apa maksud awak ni?” aku keliru. “Saya yang tak faham, atau awak yang pura-pura tak faham?” nada suaranya meninggi. Aku cemas. Apakah maksud Danish. “Awak pusing badan awak kebelakang!” deras kata-katanya. Aku memusingkan badan aku secara perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku melihat Danish berdiri tegap dihadapan pintu. Tangannya perlahan mematikan panggilan. Matannya berair. Aku faham kini. Dia pasti terlihat Syakeer mengucup pipiku. Aku bergegas kearahnya. “Sayang, apa yang awak lihat tu bukan apa yang sebenarnya terjadi. Kita boleh berbincang hal ni. Awak..saya sayangkan awak. Awak mahkota kat hati saya. Jangan awak berfikiran macam ni..” aku cuba menenangkannya sambil memeluk dengan erat. Namun pelukan aku dilepaskan. “Sudah la awak. Selama 3 saya mencintai awak sepenuh hati saya. Menyayangi awak seperti awak adalah nyawa saya. Kenapa awak biarkan Syaq mengucup pipi awak? Perlukan itu sebagai kawan? Atau awak yang masih menyimpan cinta buat dia??” deras kata-katanya menusuk hatiku. Aku tahu, aku bersalah membiarkan Syakeer memperlakukan aku sebegitu. Namun, aku tak dapat mengelak segalanya. Deraian airmataku mengalir lagi. Buat pertama kalinya, hampir genap 3 tahun kami bersama, Danish kelihatan begitu marah dan kecewa. Aku terasa terlalu jahat kerana menyakitinya. Aku memeluknya kembali. “Danish, please, bagi peluang pada saya untuk menjelaskan segala-galanya. Saya tahu saya bersalah. Membiarkan Syaq buat hal tu pada saya. Tapi semua yang jadi itu tiada maknanya. Cinta saya hanya milik awak. Tiada lelaki lain yang boleh menggantikan cinta hati saya buat awak. Tolong awak..maafkan saya…” rayu aku padanya. “Saya terlalu cintakan awak, Qairil. Saya sanggup buat apa saja asal awak kekal dalam hidup saya. Tiada insan lain yang boleh replace awak..” Danish merapatkan dahinya kewajahku. “Namun, apa yang saya lihat tadi amat menyakitkan. Saya tak tau nak cakap macam mana..” Danish mengalirkan airmatanya. Dia melepaskan pelukanku. “Qairil, beri saya ruang sebentar. Mungkin saya perlu menenangkan fikiran saya.” Jawab Danish sambil memandang tepat kearahku. Dia tunduk. Aku lihat titisan airmatanya jatuh kelantai. Remuk hatiku melihat kekecewaannya yang disebabkan kenaifkan. Bukan Danish yang patut rasa kesakitan ini kerana dia lelaki yang paling sempurna. Kebodohan cinta aku yang masih pada Syakeer melukakan Danish. Jika aku dibakar ditujuh benua semata-mata untuk meraih kemaafannya dan menerima diri ini kembali, aku sanggup melakukannya. Kesakitannya amat aku rasai. Danish memalingkan wajahnya lalu beredar. Dia tidak menghiraukan panggilanku padanya. Aku terduduk kaku. Inilah dosa yang terbesar aku padanya. Menyakiti lelaki yang amat mencintai aku. Mengapa aku alpa? Mengapa aku harus mengingat cinta pada Syakeer yang terang-terang mustahil untuk kembali bersama. Mengapa harus aku menyakiti Danish yang tidak pernah menyakiti aku walau sedikit? Sesalan mengelilingi aku.

Sudah empat hari aku gagal menghubungi Danish. Aku mula risau. Adakah benar-benar dia membenci aku? Benar-benar ingin melepaskanku? Kerisauan aku sukar digambarkan. Aku duduk dibalkoni sambil memandang mentari senja yang mewarnai Kuala Lumpur. Dimana lagi harus aku menjejaki Danish? Facebook, Skype, semua taliannya tidak berjawab. Kemana dia menghilang? Tiba-tiba aku terfikir seseorang. Faezal, teman rapat Danish. Dia pasti tahu kemana Danish. Dengan pantas aku menelefon Faezal. “Hello, siapa ni?” suara Faezal menyambut panggilan aku. “Ezal, ni saya Qairil. Maaf ganggu awak petang-petang ni..” jawab aku padanya. Namun, Faezal terus terdiam. Kelu lidahnya tanpa sebarang kata. “Ezal, awak masih disana? Ezal, tolonglah. Saya merayu pada awak. Saya tahu, awak mesti tahu apa yang terjadi. Saya sanggup melutut, beritahu saya, kemana Danish? Tolong lah Ezal..saya tak tahu dimana lagi saya boleh mencarinya.” Rayu aku padanya. Suara Faezal serak memulakan percakapanya. “Qairil, maafkan saya sebab tak bagitahu awak apa-apa. Ni atas permintaan Danish. Tapi dengar awak macam betul-betul risaukan dia, takpe lah. Saya bagitahu. Danish kemalangan. Dia koma. Kepalanya terkena hentaman kuat masa kemalangan. Motor dia remuk teruk. Dia kemalangan masa nak masuk highway.” Lemah seluruh badanku. Seolah-olah nyawaku terkeluar dari jasadku. Selama empat hari, lelaki yang mencintai aku berada didalam koma, sedangkan aku baru menyedarinya hari ini. Telefon terlepas dari tanganku. Aku terduduk disudut balkoni. Deraian airmata berjurai tanpa dipinta. Beribu sesalan aku tiada tandingnya. Seluruh tubuhku lemah, kaku, lesu tak terhingga. Adakah ini takdirku? Aku tak mahu kehilangan Danish. Sesungguhnya dosaku padanya terlalu besar…..

Bersambung..

1 comment:

  1. owh...owh..owh....menitis air mata tau x...
    damn..its getting better and better... keep it up girl!

    ReplyDelete