shhhhh......

a lot of stories happened in our life. so..story2 nie la kita share sama2. rite!!! xoxo

Tuesday, June 21, 2011

CINTA UNGU (part 6)




Tempias hujan menatari bayangan di jendela kereta. Sayu hati amat sukar digambarkan. Bak hujan yang turun, menangisi setiap kekecewaan. Kenapa saat aku mula ingin mengecap bahagia, datang Syakeer tanpa diundang? Izinkanlah aku untuk berbahagia. Aku kelu tanpa sebarang kata. Wajah Danish kerut, memikirkan aku. Aku tahu, aku bersalah saat dia mahu menghabiskan masanya bersamaku, datang pula Syakeer yang menganggu saat itu. Namun aku tidak berani berselindung darinya.

Kisah bermula apabila aku tepaksa mengikut kehendak Syakeer selepas aku terserempak dengannya. Genggaman nya yang kuat membantutkan langkah aku untuk lari darinya. “Please awak. Bagi saya 5 minit untuk berbual dengan awak. Saya terlalu rindukan awak. Awak dah tukar number telefon, facebook pun da remove saya. Tolong jangan pergi dari hidup saya. Saya tau, saya banyak buat salah dekat awak. Tapi saya tak nak kehilangan seseorang yang paling baik yang saya pernah kenal..” desir suaranya kearahku. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluh hati ini mengenangnya. Aku akui, memang aku sayang padanya, hingga ke saat ini, tapi aku sudah miliki Danish. Danish lelaki yang bertahta di hatiku sekarang. Mustahil untuk aku menerima Syakeer kembali. “Tolong awak..saya sanggup melutut dekat sini kalau itu yang awak mahu.” Tegas suaranya. Aku menoleh kearahnya. Linangan air mata membasahi segenap ruang wajahku. Aku merentap tanganku darinya. “Kenapa awak?? Kenapa awak perlu bercakap dengan saya? Bukankah kita sepatutnya berjauhan? Saya tak mahu dituduh pengacau hubungan awak lagi. Cukup hati saya ini remuk. Jangan tambahkan calar dihati saya…” ucapku padanya. Matanya berair. Aku tahu, dia juga amat menyayangiku. Namun ada sesuatu yang memungkirkan hubungan ini untuk terus terjalin. “Saya tahu, salah saya tak terhitung banyaknya. Tapi izinkan saya untuk berbual dengan awak. Cukup sekejap…”Rayunya sambil menarik kembali tanganku. Aku hanya mampu tunduk. Tipulah aku jika aku juga tidak merinduinya. Namun, aku tidak kuat untuk itu. Syakeer menarik tangan aku. Aku hanya mampu melangkah. Aku izinkan dia untuk berbual denganku; sekejap.
Aku dibawa ketepi kolam renang. Keadaan yang sunyi mungkin pilihannya untuk bercakap denganku. Aku duduk disebuah kerusi putih. Syakeer menghadapku. Matanya merah. Seperti saat aku melepaskannya suatu ketika dahulu. Syakeer sukar menangis, tetapi dia kalah pada emosinya saat bersamaku. “Awak, awak tahu tak betapa rindunya saya pada awak? 7 bulan awak menghindar dari saya. Salahkah kita berhubung, walaupun bukan sebagai pasangan lagi? Saya nak tau keberadaan awak. Sihat ke? Pelajaran awak? Hidup awak? Saya masih ambil berat pasal awak. Jangan lari dari saya lagi awak. Seksa hati saya mengingatkan awak…” ucapnya sambil mengesat airmatanya. Aku hanya mampu tunduk. Lidahku seolah kelu. Kelu untuk berbahas dengannya. “Walaupun kita tak macam dulu, tapi saya care pasal awak. Awak sukar dicari ganti. Tolong. Jangan lari lagi..” genggaman nya bertambah erat. Aku mengumpul semangat. “ Awak, kita dah tak ada apa-apa lagi. Saya tak mahu terus membayangi hidup awak. Awak berhak bahagia dengan dia. Saya bukan pilihan awak. Sebab tu saya melarikan diri. Saya harap awak faham situasi saya..” ucapku dengan tegar. “Jangan macam ni awak.. Awak tau kan saya masih sayangkan awak. Dan saya yakin, awak pun masih menyayangi saya. Tapi, saya bersalah sebab mempermainkan insan yang paling mulia macam awak ni. Saya bodoh untuk menilai kebaikan dan keikhlasan awak. Mungkin saya tamak dalam mencari kebahagiaan. Salah saya awak…” ucapnya sambil merapatka kerusi kearahku. Sesekali orang melintas dihadapan kolam. Namun aku tak hiraukannya lagi. Perasaan aku remuk bak dihempas ombak. “Awak, biarlah saya jujur dengan awak. Hati saya untuk insan lain. Danish Haikal Abd Rahim. Dia yang berhak menerima cinta saya. Kerana dia tahu menilai saya selayaknya saya. Tolong jangan buat dia kecewa melihat keadaan saya dan awak macam ni. We are over awak. Saya jujur, memang cinta awak masih dihati saya. Namun biarlah cinta itu bersemadi tenang. Awak lelaki pertama yang saya cinta sepenuh hati saya. Tapi kini saya ada Danish. Seperti awak dan dia, awak. Saya dah relakan awak..relakan awak dan dia…” jurai airmataku. Tak tertahan hati ini mengenangkannya. Genggamannya makin erat. Aku musykil. Apa mahu Syakeer? Bukankan dia sudah ada pasangannya, mengapa aku didambakan? “Saya tak bahagia dengan dia awak. Tak bahagia. Dia mengongkong hidup saya. Tak seperti awak. Awak sentiasa ada disetiap saat saya, menyokong hidup saya. Itu yang saya rindukan..” jawabnya. Getar suaranya mengambarkan kesedihan hatinya. “Izinkan saya untuk rapat dengan awak. Walaupun hanya sebagai kawan..” genggam erat sambil mengucup tanganku. Hati ini terlalu pilu. Sukar aku gambarkan. Melihat insan yang pernah bertahta dihati merayu untuk kembali rapat. Aku melepaskan tanganku. Aku bangun lalu memusingkan badanku. “ Saya masih sayangkan awak. Tapi, cinta ini bukan milik kita. Semua harus berakhir…” aku melangkah perlahan. Lantas aku menegakkan wajah. Namun langkah aku terhenti. Danish dihadapanku. Wajahnya berlatar seribu kekecewaan. Bertambah hancur hatiku. Dia menyaksikan apa yang berlaku antara aku dan Syakeer. Danish memalingkan wajah lalu deras beredar. Lantas aku berambat mengejarnya. Danish, maafkan sayang…bukan sayang curang, hati sayang masih buat DD..

Suasana mendung memotret hari. Danish berdiri di balkoni. Aku menutup pintu dengan perlahan-lahan. Salah aku kerana mengikut kehendak Syakeer. Dadaku sebak kerana mengecewakannya. Aku berjalan kearahnya. Dengan deras, aku memeluknya dari belakang. Aku rasa peluhnya didadaku. Airmatanya gugur. Aku memeluknya dengan erat. “Awak..dia Syakeer. Ex saya. Saya tak cerita pasal dia kat awak sebab saya tak nak bayangan dia mengekori hubungan kita. Saya bahagia dengan awak. Tanpa ragu. Maafkan saya andai saya melukai hati awak. Tapi tak ada siapa yang boleh rampas hati saya ini untuk awak. Maafkan saya awak….” Rayuku padanya. Aku terlalu kecewa dengan apa yang aku lakukan tadi. Tak seharusnya aku membiarkan Syakeer mengucup tanganku. “Benar cinta dia masih dalam hati awak?” deras suaranya. Luluh hatiku untuk menjawab. Aku kelu. Dia melepaskan pelukanku. Danish memandang tepat kearahku. Tangan aku dipegang. “Saya tahu hati awak masih ada dia. Saya tak mahu rampas kedudukan dia dalam hati awak. Jangan awak memalsukan perasaan awak. Saya mencintai awak seikhlas hati saya. Menerima awak seadanya awak. Bahkan awak sempurna di mata saya. Jadi biarlah kisah hati kita jugak sempurna.” Ungkapnya dengan lembut. Pipiku dikucup. Basah pipinya aku terasa. Aku tahu hatinya kecewa, namun dia sorokkannya. Hati aku sebak. Berkecai dengan kata-katanya. Betapa besar cintanya padaku. Aku tersentak. Aku tak mahu kehilangannya. Dia beredar masuk kebilik hotel. Melepaskan tanganku sambil mengesat wajahnya. Sesalku tiada tandingnya. Aku melangkah kehadapan balkoni. Hujan mengambil alih. Suasa makin pilu…..

Dari semalam dia berdiam. Lagu-lagu diputar diradio seolah-olah tak diendahkan. Selalunya Danish akan turut menyanyi. Tapi kini sepi. Kelu seribu kata. Wajahnya masih terpapar kekecewaan. Aku kelu tanpa arah. Apa yang aku harus lakukan? Aku tak mahu dia terus kecewa. “Awak…boleh berhenti depan tu jap.” Ucapku padanya sambil menuding jari kearah sebuah kedai serbaneka. “Awak nak beli apa?” ayat pertamanya sejak dari saat pedal minyak kereta ditekan dari jeti Lumut. “Adalah. Kejap je..” kataku padanya. Keretanya diperlahankan dihadapan kedai. Aku mengambil payung lalu keluar dari kereta. Aku berlari-lari anak masuk kekedai itu. Aku mencari benda yang akan membuktikkan cinta aku teguh padanya. Mataku terpandang pada sebentuk cincin. Aku tahu ukur lilit jarinya. Aku capai 2 bentuk lalu bayar dikaunter. Aku mempercepatkan urusanku. Aku segera masuk kekereta. Bajuku sedikit basah dek tempias hujan. “Lajunya. Awak beli apa?” soal Danish padaku. Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku mengenggam cincin itu. “Awak, saya tahu saya dah buat awak sedih, kecewa. Saya tak nak semua tu awak terus rasa. Dalam tangan saya ada 2 bentuk cincin. Cincin ni lambing cinta saya pada awak. Sebagai mana kukuh cincin ni, tak patah, macam tu la cinta saya pada awak. Syakeer sejarah lama saya. Memang dia masih dihati saya, tapi awak beribu lebih tinggi nilai dihati saya berbanding dia. Awak jauh lebih saya sayang dari dia. Di jari awak cincin ni, setiap saat cinta saya mekar buat awak. Dan itu juga saya harap dari awak..” kataku sambil menyarung cincin kejari manisnya. Dia tersenyum lebar. Di rampas sebentuk cincin lagi lalu disarungnya ke jari manisku. Lalu tangannya memegang pipiku. “Sayang saya takkan luput pada awak….” Ucapnya tepat kearahku. Genggam tanganku pada nya. Benar, dialah pengganti Syakeer. Penganti yang akan menemani saat hidupku……



                                                                                                                                          Bersambung…

2 comments:

  1. Oh my! seriously weeping masa baca episode nih.... the best!!!

    ReplyDelete
  2. huhu...thanks for reading..keep continuing read more chapters!!

    ReplyDelete